Egy Maulana Terus Harumkan Nama Indonesia Di Slovakia

Pemain kebangsaan Indonesia, Egy Maulana Vikri akhirnya berjaya meninggalkan impak positif beliau bersama kelab terbaharu diwakilinya iaitu FC ViOn Zlate Moravce di Slovakia menurut CNN Indonesia.

Sebelum itu, Egy pernah mendapat kritikan di media sosial setelah aksi sulungnya bersama kelab tersebut berakhir dengan negatif setelah beliau dilayangkan kad kuning serta dikeluarkan lebih awal.

Dalam perlawanan tersebut yang berlangsung baru-baru ini, Egy masuk pada minit ke-60 untuk menggantikan pemain sayap kanan, Patrik Pinte ketika berdepan lawan mereka iaitu Ruzomberok.

Ketika Egy dimasukkan, pasukan diwakilinya ketika itu sedang ketinggalan 1-0, setelah sebelum itu lawan mendahului pada minit ke-7 hasil jaringan Stefan Gerec.

Egy tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberi impak positif di bahagian serangan pasukan, apabila beliau sangat aktif di bahagian tersebut untuk memberi masalah buat Ruzomberok.

Gerakan pemain ini dilihat sangat agresif untuk mendapatkan jaringan penyamaan buat Zlate Moravce, sebelum satu peluang keemasan terbuka buat Egy untuk meledak gol pada minit ke-61, namun rembatan pemain ini sedikit melambung tinggi.

Enggan mengalah, Egy terus mempamerkan rentak permainan yang sangat baik untuk membuktikan sesuatu buat pasukan diwakilinya dengan beralih arah di sebelah kiri untuk membuka ruang.

Hasilnya, Zlate Moravce berjaya mendapatkan gol penyamaan, setelah menerima umpanan cantik daripada Egy menerusi gol yang diledak oleh Tomas Horak.

Setelah kedudukan kembali seimbang, Zlate Moravce umpama mendapat tonik semangat baharu dengan melancarkan lagi serangan bertali arus untuk mendapatkan gol pendahuluan pula.

Namun, kesilapan pertahanan mereka yang naik terlalu tinggi telah dihukum menerusi jaringan lawan untuk kembali mendahului mereka pada minit ke-68 hasil ledakan Marko Keleman.

Walaupun sedar ketinggalan, Egy bersama rakan-rakannya jelas tidak putus semangat dan kembali menyusun atur perlawanan demi mencari kembali gol penyamaan.

Usaha yang dicipta mereka nyata membuahkan hasil, setelah Adam Brenkus kembali memberi keceriaan dalam kem Zlate Moravce untuk menyamakan kedudukan.

Egy hampir menjadi wira perlawanan untuk meledak gol kemenangan mereka pada penghujung perlawanan setelah beliau menerima satu umpanan cantik dalam petak penalti.

Malangnya, rembatan yang dilepaskan oleh beliau terus tepat ke dalam dakapan penjaga gol lawan untuk menafikan jaringan tersebut.

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan Zlate Moravce berhasil memperoleh satu mata penting untuk berada di tangga ke-11 dalam saingan Slovak Super Liga.

Momentum Egy juga pastinya meningkat ketika ini untuk terus membuktikan beliau mampu menjadi salah satu pemain Asia Tenggara yang berjaya di pentas Eropah.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN