Kenapa Yusri Che Lah Antara Gandingan Istimewa Buat Manzoor Azwira

YUSRI CHE LAH Manzoor Perlis

Rentetan dari artikel ‘Manzoor Azwira Mahu Cipta Skuad Persis ‘Perlis 2006’ Bersama Pulau Pinang’ tempohari, Semuanya BOLA turut bertanyakan tentang rakan sepasukan yang digemarinya sepanjang karier bola sepaknya yang bermula sejak 1996.

Bagi yang belum baca artikel itu, boleh klik link ini. Banyak perkongsian menarik daripada pengendali berusia 43 tahun itu tentang kemuncak kariernya bersama Perlis dan juga apa yang mahu diciptanya bersama skuad kendaliannya kini, Pulau Pinang.

Sebagai pemain tengah, Manzoor Azwira yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu merupakan kapten Perlis pada musim kegemilangan mereka iaitu tahun 2006 – mereka beraksi di Piala AFC, final Piala FA dan menjulang Piala Malaysia.

Beberapa nama rakan sepermainan bermain di bibirnya ketika diajukan persoalan tersebut antaranya Yusri Che Lah, Feriza Ismail dan Andrien Jurad Chamrong.

“Yusri Che Lah salah seorangnya. Sebabnya, dia sentiasa bergerak, yakin dengan rakan sepasukan dan seorang playmaker yang sangat mudah untuk kita beraksi bersama.

Yusri Che Lah

“Feriza Ismail pula seorang pemain yang memiliki karekter menyokong kuat rakan-rakan sepasukan di dalam padang,” ujarnya mengenai dua pemain yang beliau suka dan mudah untuk bergandingan ketika beraksi di dalam padang satu ketika dahulu.

Yusri Che Lah juga sudah bergelar jurulatih dan ketika ini merupakan pengendali Kelantan, pencabar Manzoor Azwira dan Pulau Pinang untuk slot ke Liga Super 2021.

Manzoor Azwira turut berkata yang Perlis pada musim 2006 memiliki kekuatan yang seimbang di setiap posisi. Baginya, Singa Utara sangat kukuh pada ketika itu.

“Perlis pada waktu itu, di semua posisi ada kekuatan yang sangat baik. Di sebelah kanan, kita ada [Andrien] Jurad Chamrong yang terkenal dengan lontaran jauh dan sepakan percumanya. Ditambah dengan Kaironnisam Sahabudin lagi,” jelasnya lagi.

Semuanya BOLA turut bertanyakan, antara Philemon Chipeta dan Zakaria Simukonda, siapa yang menjadi pilihannya. Baginya, kedua-duanya memiliki kelebihan masing-masing dalam pasukan, jadi mungkin sukar buatnya untuk memilih salah seorang.

“Masa zaman saya bermain, memang mereka berdualah [pilihan], Philemon Chipeta dan Zakaria Simukonda. Simukonda ini lebih kepada menyusahkan pertahanan lawan.

“Chipeta pula adalah penyerang yang kuat dan sangat bagus dalam kotak penalti seperti tandukkannya memang terbaik pada ketika itu. Kalau sekarang ini ada Dickson [Nwakaeme], dulu kalau cakap pemain import yang kuat, tentunya Chipeta,” ceritanya.

“Pertahanan lawan memang pening kepala hendak mengawalnya, sebab dia memang kuat,” ulasnya lagi sambil berkata yang faktor keserasian para pemain juga memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan buat mereka pada ketika itu.

“Inilah pemain-pemain tonggak Perlis sepanjang 2004 sehingga 2006,” tambahnya lagi yang telah menikmati kemuncak karier bola sepaknya bersama Singa Utara itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: SUKAN SENTRAL

Baca lagi artikel lain mengenai Perlis:

https://semuanyabola.com/manzoor-azwira-mahu-cipta-skuad-persis-perlis-2006-bersama-pulau-pinang/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN