Kenapa Yohandry Orozco Dianggap Pemain Penting Buat Selangor?

Selangor dengan kini telah pun mengesahkan pemain import kelapan mereka dengan pemain tengah menyerang baharu ditandatangani iaitu Yohandry Orozco sah diumumkan semalam.

Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Eropah seperti VfL Wolfsburg serta lebih banyak bermain untuk saingan divisyen utama Colombia.

Selain itu, Yohandry juga merupakan salah seorang tonggak utama yang pernah beraksi buat negaranya iaitu Venezuela dan pernah bermain dalam saingan Piala Dunia bawah 19 (B-19) pada tahun 2009 di Mesir.

Kali terakhir beliau dipilih mewakili skuad kebangsaan tersebut ialah pada tahun 2017, dan selepas itu dirinya tidak lagi tersenarai beraksi buat Venezuela.

Melihat kepada posisi serta kualiti yang ada pada Orozco, pemain ini bakal menjadi seseorang yang sangat penting buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe musim ini dalam aksi Liga Super.

Berdasarkan beberapa pengamatan dalam aksi pramusim sebelum ini yang telah dihadapi Selangor, pasukan itu jelas masih lagi kurang daripa segi kreativiti di bahagian serangan.

Penyerang import mereka iaitu Ayron del Valle menghadapi kesukaran untuk menerima sebarang lorongan-lorongan yang baik di bahagian tengah bagi mencipta peluang gol buat pasukan.

Setakat ini, Selangor dilihat lebih banyak menggunakan aspek pemain sayap mereka yang pantas untuk cuba menyusup masuk atau membuat hantaran lintang kepada penyerang.

Pemain seperti Norhakim Hassan, Faisal Halim, dan Hein Htet Aung antara yang banyak digunakan Cheng Hoe ketika ini untuk cuba mencetuskan serangan buat Selangor dari bahagian sisi.

Di posisi tengah The Red Giants sebelum itu, mereka mempunyai ramai pemain tengah yang berkualiti sebenarnya seperti Mukhairi Ajmal, Brendan Gan, Noor Al-Rawabdeh, serta Alex Agyarkwa.

Namun pemain-pemain tersebut tidak begitu cenderung kearah serangan pasukan dalam permainan dan disebabkan itu kehadiran Orozco dianggap sangat penting buat Selangor.

Menerusi pengalaman yang dimiliki oleh Orozco serta pernah beraksi di pelbagai kelab Eropah, pastinya Cheng Hoe mengharapkan sumber kreativiti serta nilai tambah ketajaman Selangor dapat diperkukuhkan sebelum saingan liga bermula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN