“Kenapa ‘Nombor 10’?” – Ten Hag Jelaskan Mengenai Posisi Dan Peranan Istimewa Weghorst

Wout Weghorst Erik ten Hag Manchester United

Timbul persoalan dalam kalangan penyokong Manchester United mengenai posisi Wout Weghorst apabila pengurus Erik ten Hag meletakkan penyerang tinggi lampai tersebut di posisi ‘nombor 10’ ketika aksi menentang Barcelona.

Manchester United berjaya melepasi ujian getir di Nou Camp selepas berjaya mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan pertama aksi pusingan kalah mati Liga Europa (UEL).

Weghorst dibawa masuk pada bulan lalu dan semua pihak sedia maklum posisinya adalah sebagai penyerang tulen ‘nombor’ sembilan bagi menggantikan tempat Cristiano Ronaldo.

Walaupun pemain kebangsaan Belanda itu tidak mencatat rekod jaringan yang memberangsangkan – hanya satu gol daripada lapan penampilan – namun gaya permainannya yang tidak mementingkan diri telah memberi manfaat kepada barisan serangan.

Bagaimanapun ketika aksi pada Khamis menyaksikan Weghorst telah beraksi lebih rendah daripada kedudukannya dengan berada di belakang Marcus Rashford sebagai penyerang utama dan muncul penjaring gol pertama United.

Manakala Sancho dan Bruno Fernandes masing-masing berperanan di bahagian kiri dan kanan serangan.

Meskipun struktur tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong United, namun percaturan tersebut ternyata membuahkan hasil untuk memberikan kelebihan buat United dalam membawa bekalan gol ke Old Trafford.

Ten Hag ketika temubual selepas perlawanan memberikan penjelasan mengenai keputusannya itu adalah untuk menjadikan peranan Weghorst sebagai pemain bebas dan boleh membuka peluang kepada pemain lain untuk memecahkan benteng pertahanan lawan.

“Ini bukannya mengenai Wout [Weghorst] sahaja, namun dia nampaknya bermain dengan baik di posisi tersebut,” ujar jurulatih berusia 53 tahun itu kepada BT Sports.

“Ia memberikan banyak variasi, namun saya juga mahu Jadon dan Bruno untuk berada di ruang hadapan untuk mereka lebih banyak dengan bola dan membuat larian daripada bawah.

“Dengan bek sayap juga akan menyertai serangan, kami akan memiliki lebih banyak peluang dan kita sepatutnya menang perlawanan ini.”

Ten Hag berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh anak buahnya, namun agak kecewa gagal memanfaatkan kelebihan pada babak pertama.

“Agak mengecewakan pada separuh masa pertama 0-0 kerana kita sepatutnya boleh menjaringkan gol dan mendapat peluang yang kita cipta,” tambahnya lagi.

“Tapi saya rasa ia perlawanan yang bagus, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka dan menyerang. Saya rasa ia sudah seperti perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), atau mungkin lebih baik lagi.

“Saya benar-benar menikmati permainan hari ini dan ia berakhir 2-2 dan kami perlu selesaikan tugas ini di Old Trafford nanti.”

Sebenarnya aksi menentang Barcelona bukankah kali pertama Weghorst beraksi sebagai ‘nombor 10’. Beliau turut memainkan peranan tersebut dengan berkesan ketika United menang 2-0 ke atas Leeds United tempoh hari.

Kemahiran teknikal Weghorst dari segi sentuhan pertama menjadikan beliau mampu mengaktifkan gerakan satu dua bagi mencipta ruang buat pemain lain.

Apa yang pasti, pemilihannya untuk dibawa masuk ke Manchester telah dinilai oleh barisan kejurulatihan dengan analisis yang terperinci.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN