Terengganu berjaya memulakan kempen saingan Piala Malaysia mereka musim ini dengan sangat positif, apabila pasukan tersebut mudah membenam cabaran Sri Pahang dengan keputusan 5-1.
Walaupun beraksi di Stadium Darul Makmur, pasukan pelawat jelas tidak bermasalah untuk berpesta gol dengan empat jaringan berjaya dihasilkan Terengganu sepanjang perlawanan berlangsung.
Lima jaringan mereka terhasil menerusi gol hatrik hasil ledakan Kpah Sherman, Nik Sharif, serta Faisal Halim untuk mengejutkan para penyokong tuan rumah.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PM R16-1#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/xswEfqGjs1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Sri Pahang pula jelas tidak mampu beraksi seperti kebiasaan, apabila mereka tampil dengan aksi serba tidak menjadi dan hanya memperoleh satu jaringan sahaja menerusi Steven Rodriguez.
Pasukan tuan rumah jelas mempunyai misi yang sangat getir untuk perlawanan seterusnya bertemu kembali Terengganu dalam misi mereka untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Berikut merupakan faktor-faktor penting mengapa Terengganu dilihat begitu mudah mengatasi cabaran pasukan tuan rumah dengan jaringan besar dihasilkan mereka untuk tampil memberi amaran buat kelab lain.
Corak permainan Terengganu terlalu ampuh
Sepanjang aksi berlangsung, Terengganu jelas menguasai perlawanan dengan sangat baik dan mempunyai kualiti corak permainan yang sangat positif berbanding tuan rumah.
Sri Pahang pula, segala pergerakan cuba dicipta mereka jelas terlalu mudah diatasi dan tidak memberi masalah untuk pelawat mengatasi mereka di setiap sudut padang.
1' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan selepas 45 saat perlawanan!@OfficialPahang 0-1 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/yTs49ZN6KQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Kombinasi permainan yang ditampilkan pelawat jelas menyukarkan Sri Pahang untuk membaca corak permainan mereka serta tidak memiliki begitu banyak idea untuk menghadapi mereka terutama sekali di separuh masa kedua.
Disebabkan itu, jelas jurang kualiti permainan antara kedua pasukan ini boleh dilihat sepanjang perlawanan berlangsung dengan Nafuzi Zain tidak menghadapi kesukaran menangani apa cuba diterapkan oleh Dato Dollah Salleh kepada tuan rumah.
Sri Pahang longlai di posisi pertahanan
Apa yang mencuri tumpuan pada perlawanan semalam pastinya terarah kepada pertahanan Sri Pahang yang tampil dengan begitu longlai sepanjang aksi 90 minit berlangsung.
Gandingan Nick Swirad, Sherzod Fayziev, dan Muslim Ahmad jelas tidak mempunyai persefahaman yang tinggi, apabila barisan pemain serangan Terengganu dilihat begitu mudah memanipulasi kelemahan tersebut untuk memberi ancaman berbahaya.
52' GOL | Kpah Sherman meledak sekali lagi!@OfficialPahang 1-4 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/iEEXiS0Bwc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Malah, barisan pertahanan tuan rumah lebih gemar untuk memerhatikan keadaan berbanding bergerak dengan lebih awal untuk menutup segala ruang penting buat pelawat mencipta sesuatu.
Terengganu mencengkam posisi tengah
Harus diakui ketika ini selain Johor Darul Ta’zim (JDT), hanya Terengganu memiliki rangkaian pemain tengah yang sangat berkualiti dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Trio Manuel Ott bersama Habib Haroon semalam jelas berjaya melemaskan sepenuhnya barisan pemain tengah tuan rumah sepanjang 90 minit perlawanan.
43' GOL | "Finishing" yang kemas oleh Steven Rodriguez! @OfficialPahang 1-2 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/w1SrtTZyY5
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Malah, tuan rumah nyata tidak mampu untuk menyaingi perkara itu di separuh masa kedua, biarpun mereka memasukkan khidmat Lee Tuck dan Sergio Aguero dalam usaha untuk kembali meneutralkan ancaman lawan di posisi tersebut.