Arteta Beri Sebab Kenapa Arsenal Perlu Kekalkan Edu Daripada ‘Disambar’ Pasukan Lain

Arsenal pada awal musim ini boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik berdasarkan persembahan serta kedudukan mereka dalam saingan English Premier League (EPL) untuk mengejutkan banyak pihak.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas menjadi antara watak utama mengapa pasukn tersebut ketika ini begitu ampuh dan sukar diatasi oleh pihak lawan.

Namun, ada seorang lagi individu yang sebenarnya menjadi tunjang utama pasukan tersebut iaitu pengarah teknikal mereka, Edu.

Impak yang ditinggalkan Edu buat Arsenal selama beberapa musim ini menyaksikan Arteta menggesa pihak pengurusan agar mengekalkan beliau sebelum diintai kelab-kelab lain.

Edu yang menjawat posisi itu tersebut dianggap sebagai individu penting dalam menguruskan hal pasukan bersama Arteta sebelum mencapai tahap terbaik musim ini.

Beliau yang juga pernah beraksi buat Arsenal pada musim 2001 hingga 2005 telah meraih pelbagai kejuaraan bersama pasukan tersebut dan kini tampil sebagai salah seorang di belakang tabir dalam menguatkan kelab ini.

Bekas pemain kebangsaan Brazil itu telah memainkan peranan penting buat Arsenal sejak beberapa musim ini untuk membina semula pasukan itu menjadi lebih baik, termasuk menguruskan penyertaan Arteta sebagai pengurus.

Selain itu, Edu juga bertanggungjawab menggunakan pengaruhnya di Amerika Selatan untuk membawa pemain-pemain berkualiti seperti Gabriel Martinelli dan Marquinhos.

Ketika Arsenal sedang memuncak prestasi mereka ketika ini, reputasi Edu juga dilihat semakin meningkat dan itu menyebabkan beberapa pasukan luar mula berminat akan khidmatnya.

Perkara itu juga diakui sendiri oleh wartawan sukan terkemuka, Fabrizio Romano mengenai beberapa kelab sedang menunjukkan minat yang tinggi akan khidmat Edu.

Walaupun begitu, Arteta menegaskan yang beliau mahu Arteta untuk terus kekal bersama Arsenal pada masa hadapan.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, pengurus Arsenal itu berharap agar Edu mampu kekal untuk jangka masa lebih lama bersama kelab tersebut.

“Saya harap beliau akan terus kekal untuk tempoh masa lebih panjang, kerana ia akan membawa lebih banyak perkara positif buat pasukan.

“Saya bekerja bersama Edu ketika ini dengan sangat baik. Saya rasa beliau merupakan indvidu paling penting buat Arsenal, setelah banyak mengeluarkan idea dan kerja terbaik diingini kami.

“Banyak perkara yang sudah berlaku dalam kelab ini sekarang dan Edu mempunyai tanggungjawab sangat besar.

“Edu mempunyai kepakaran tinggi untuk berkomunikasi bersama orang-orang penting dan menguruskan banyak perkara dengan positif setiap kali berlaku.

Untuk saya dan pasukan kini, Edu merupakan insan sangat penting,” jelas Arteta menerusi Sport Bible.

Laporan lanjut ketika ini menyaksikan pihak pengurusan Arsenal sudah pun memulakan perbincangan bersama pengarah teknikal itu untuk membincangkan kontrak baharu.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN