Kenapa Terengganu Dianggap Antara Calon Utama Pencabar Kejuaraan Musim Ini?

Terengganu kini menjadi antara pasukan paling agresif daripada segi persiapan dibuat mereka, selepas saingan musim lalu telah pun tamat dengan pihak pengurusan kelab itu tidak mengambil masa lama untuk memulakan gerak kerja.

Selepas tampil dengan begitu baik pada tahun lalu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, pastinya jurulatih itu mahu sesuatu lebih positif musim ini untuk terus menggembirakan penyokong utama Sang Penyu.

Tahun lalu menyaksikan Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA, serta berjaya ke final Piala Malaysia untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak tertakluk di pentas domestik, Sang Penyu juga tampil mencuri tumpuan di saingab AFC walaupun mereka sekadar terkandas di peringkat kumpulan sahaja.

Apa tidaknya, Sang Penyu langsung tidak mencatat sebarang kekalahan daripada enam perlawanan walaupun berdepan salah satu kelab gergasi di Australia iaitu Central Coast Mariners.

Melalui keputusan-keputusan positif itu menyaksikan Steinbruckner membuat beberapa rombakan kecil sahaja demi mengekalkan momentum para pemain.

Antara pertaruhan tempatan baharu diperkenalkan ialah Akram Mahinan yang dijangka akan memainkan peranan penting di posisi tengah Terengganu menerusi pengalaman dimiliki beliau.

Selain itu, Sang Penyu turut memperbaiki kelemahan mereka di posisi sayap serangan musim lalu dengan mendapatkan Akhyar Rashid bersama Safawi Rasid secara status pinjaman daripada JDT.

Seperti diketahui, kedua pemain tersebut mempunyai kualiti cukup baik menerusi kelincahan di bahagian sayap serta mampu memberi sumbangan daripada segi kreativiti serta ketajaman untuk mendapatkan jaringan.

Lain-lain, Terengganu jelas bergantung harap kepada pemain tempatan musim lalu serta memperkenalkan beberapa tonggak daripada skuad B-23 selaku pelapis terbaik termasuk bintang pertahanan baharu, Faris Rifqi.

Pemain muda seperti Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, Syahmi Zamri, Muslihuddin Atiq serta beberapa lagi bintang lain diperkenalkan.

Gandingan pemain tempatan muda dan senior itu menjadikan ianya sebagai senjata utama Terengganu pada tahun lalu selain import hanya memberi lebih rencah buat pasukan tersebut.

Keseimbangan skuad itu menjadikan mereka mampu tampil selaku pencabar kejuaraan musim ini jika Steinbruckner mampu mengekalkan momentum positif seperti tahun lalu menerusi percaturan kesebelasan utama dan taktikal perlawanan.

Apatah lagi, mereka cuma kehilangan sebilangan pemain utama sahaja musim ini dan telah digantikan oleh tonggak baharu yang juga berkualiti seperti Marin Pilj, Ismaheel Akinade, Matthew Steenvoorden dan beberapa nama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN