Kenapa Si ‘Peminat Rahsia’, Park Hang-seo Tak Mahu Balik Dari Chiang Mai?

Park Hang-seo hadir King's Cup 2022 Chiang Mai

Vietnam juga dalam minggu perlawanan antarabangsa, namun kelibat Park Hang-seo di Chiang Mai sedikit menggelirukan banyak pihak pada ketika ini.

Ini kerana, Vietnam akan berdepan India untuk satu lagi aksi persabahatan sementara Park masih akan kekal di sana menyaksikan King’s Cup 2022.

Thailand akan berdepan Trinidad & Tobago sementara Malaysia berdepan Tajikistan untuk dua lagi aksi kejohanan jemputan itu pada 25 September.

Nampaknya, pengendali Vietnam itu menikmati harinya di Chiang Mai!

Park Hang-seo hadir ke Thailand bersama pembantunya, Nguyen Anh Duc ‘mengintip’ aksi Malaysia dan Thailand sebagai persediaan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric yang dijadualkan pada Disember depan.

Mereka bertolak sejurus tamat perlawanan menentang Singapura yang memihak kepada ‘Naga Emas’ dengan keputusan 4-0. Dalam perlawanan yang berlangsung di Thong Nhat Stadium, skuad kendaliannya berhasil menundukkan skuad Singapura yang turun tanpa penyerang, Ikhsan Fandi.

Menurut laporan VNExpress, Park dan Anh Duc akan kekal di sana sehingga berakhirnya perlawanan akhir yang menemukan Malaysia dan Tajikistan. Kenapa beliau tidak pulang sedangkan ada satu lagi aksi berdepan India?

Salah satu sebab besarnya adalah, beliau telah mencapai matlamatnya dalam aksi berdepan Singapura pada 21 September lalu. Masih ingat sasarannya untuk dua aksi persahabatan yang menerima ‘kritikan’ itu?

“Jadi, keputusan dalam perlawanan kali ini tidaklah terlalu penting. Namun, saya mahu meningkatkan tahap kompetitif antara kumpulan pemain simpanan dan pemain muda. Jika ia berjaya dicapai, ia sudah cukup [eksperimen]. Jika tidak, kita perlukan lagi ‘ujikaji’.”

Dan ini komentarnya sejurus perlawanan berdepan Singapura berakhir.

“Hari ini, kita turunkan ramai pemain muda, kurang berpengalaman dan saya rasa mereka bermain dengan baik. Ini peluang bagi saya menilai kemampuan dan sikap semua pemain. Dan ia telah dicapai [sasaran].”

Jadi, beliau tidaklah terlalu memikirkan aksi berdepan India. Segalanya diserahkan sementara kepada barisan kejurulatihan untuk kendalikan pasukan sebagai persediaan untuk menghadapi ‘The Blue Tigers’.

Begitupun, mereka hanya berdepan India pada 27 September, oleh itu, tiada masalah buatnya untuk tiba sebelum perlawanan tersebut berlangsung.

Amat penting buatnya mengetahui lebih mendalam tentang kekuatan sebenar Malaysia dan Thailand. Satu perlawanan sahaja tidak cukup untuk melihat bagaimana percaturan lawan yang mungkin berbeza-beza.

Dengan sasaran untuk pasukannya sudah tercapai dan memiliki masa yang cukup sebelum pasukannya turun beraksi, Park gembira untuk kekal di Chiang Mai bersama Anh Duc sambil menjadi penonton kejohanan 48th King’s Cup selain mengintip. Selamat menikmati ‘rehat’ anda ‘coach’ Park!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN