Aksi Liga Super membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Kedah Darul Aman (Kedah) untuk pusingan pertama sudah pun tamat dengan segalanya menjadi milik tuan rumah.
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), seperti dijangka JDT tidak memberi sebarang ruang yang mudah buat Kedah untuk menghasilkan sesuatu sepanjang perlawanan berlangsung.
⚔ FULL TIME ⚔
FT | JDT FC 6 – 0 KDA FC
⚽ 23' Fernando Forestieri (JDT)
⚽ 47' Feroz Baharudin (JDT)
⚽ 50' Oscar Arribas (JDT)
⚽ 52' (P) Bergson (JDT)
⚽ 76' Arif Aiman (JDT)
⚽ 86' Leandro Velazquez (JDT) pic.twitter.com/YnjnEloM9j— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2023
Uniknya, ini merupakan pertemuan buat pertama kali membabitkan antara dua pengendali baharu kelab masing-masing, dan ianya menjadi milik Esteban Solari yang unggul bersama JDT.
Pada perlawanan tersebut, Kedah tampil dengan sangat mengecewakan tanpa memberi sebarang reaksi mahu mencipta kebangkitan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Para penyokong Kedah pastinya kecewa dengan keputusan tersebut, namun ada segelintir juga yang terkilan dengan apa mereka lihat sendiri aksi Sang Kenari di atas padang.
Umum mengetahui Kedah menjadi salah satu pasukan yang kembali dirombak dengan beberapa pertukaran besar para pemain, serta membabitkan kejurulatihan dalam misi untuk mencipta DNA tersendiri.
Menerusi lantikan yang dibuat kepada Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih, beliau memiliki projek jangka masa panjang untuk menerapkan DNA tersendiri seperti mana dilakukan sebelum itu bersama Terengganu.
Sebaik sahaja beliau sah menjadi pengendalu baharu Kedah, beberapa pemain turut ditandatangani yang diakui merupakan antara nama besar dalam arena bola sepak tempatan.
Sorotan foto separuh masa pertama, Sang Kenari ketinggalan 0-1. Jaga-jaga. pic.twitter.com/UAn4nzPB1h
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2023
Lee Tuck, Manuel Hidalgo, Manuel Ott, Kalamullah Al-Hafiz, serta Azrin Afiq antara dibawa masuk Kedah pada musim ini untuk memperkasakan pasukan dalam aksi Liga Super.
Nama-nama pemain yang ditandatangani ini bukan calang-calang, kerana mereka mempunyai kualiti yang tersendiri serta sudah dibuktikan sebelum itu bersama kelab lama diwakili.
Namun, apa dipamerkan mereka semalam dalam kesebelasan utama jelas gagal untuk meninggalkan impak positif buat para penyokong yang memerhati.
Misalnya, kelibat Hidalgo antara paling mengecewakan selepas hampir keseluruhan pemain ini gagal terlibat dalam serangan atau bertahan, selain gerakan dicipta beliau mudah disekat lawan.
Selain faktor tersebut, masalah kesilapan individu pemain sendiri yang menjadi punca kenapa lawan mudah mengeksploitasi keadaan untuk membuka peluang mendapatkan gol.
Kesilapan-kesilapan ini jelas dapat dilihat pada beberapa situasi serta masalah pemain Kedah yang dianggap agak gugup sepanjang permainan berlangsung, biarpun sudah lama bergelar status profesional.
Separuh masa kedua boleh dikatakan jiwa pemain seolah hilang di atas padang, dan hanya bermain untuk bertahan daripada terus dibolosi sahaja.
Kesimpulannya, apa yang direncanakan Nafuzi menerusi pelan formasi serta menentukan kesebelasan utama tidak salah dan ianya boleh dianggap mengikut situasi permainan.
Adakah Prestasi Pemain Tempatan Lebih Baik Daripada Bintang Import?https://t.co/pYcYm4G3UO
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 11, 2023
Namun kelemahan yang dirasai jelas ada pada para pemain itu sendiri dan kebangkitan pantas perlu dibuat supaya motivasi mereka tidak akan jatuh serta memberi kesan pada perlawanan akan datang.