Ura-ura mengenai usaha Liverpool untuk mendapatkan Shkodran Mustafi telah mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan penyokong mereka sendiri.
Kecederaan jangka panjang yang menimpa Joel Matip ternyata satu ‘malapetaka’ buat skuad kendalian Jurgen Klopp berkenaan yang sudah pun kehilngan khidmat dua tonggak pertahanan utama iaitu Virgil van Dijk dan Joe Gomez.
Maka pembelian pemain pertahanan baharu untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu merupakan sesuatu kewajipan yang tidak boleh ditangguh lagi.
'Vaksin' Untuk Pulihkan Liverpool Adalah Beli Pertahanan Baharu https://t.co/kdObOijAe5 pic.twitter.com/aUSqJ0SGTE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 25, 2021
Sebelum ini deretan pemain pertahanan berprofil tinggi telah disenarai pendek untuk mengisi kekosongan tersebut seperti Dayot Upamecano, Diego Carlos, Jules Kounde, Ozan Kabak, Ben White dan ramai lagi.
Bagaimanapun hanya beberapa hari sebelum pintu perpindahan musim sejuk ini ditutup, akhirnya nama Mustafi yang timbul untuk dibawa masuk ke Anfield dan ia jelas tidak menggembirakan penyokong The Kops.
Pemain pertahanan Jerman itu tidak lagi menjadi pilihan Mikel Arteta untuk diturunkan dalam kesebelasan utama The Gunners di mana beliau hanya membuat tiga penampilan dalam saingan EPL pada musim ini dan semuanya dari bangku simpanan.
Ketika Arsenal sudah pun bersedia untuk melepaskan Mustafi yang dianggap sebagai ‘bebanan’ pasukan, Liverpool hadir untuk menyambut pemain tersebut dengan tangan terbuka sebagai perancangan jangka pendek sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1355643422003105794?s=20
Dengan baki kontraknya di Emirates hanya tinggal enam bulan sahaja lagi, kemungkinan besar beliau akan dibenarkan untuk meninggalkan pasukan tersebut secara percuma – seperti Mesut Ozil – dan menyertai Liverpool tanpa sebarang yuran perpindahan.
Jika perpindahan tersebut menjadi kenyataan, jelas ianya merupakan satu pembelian panik buat pihak pengurusan Liverpool yang mungkin juga mahu berjimat ketika krisis pandemik yang sedang melanda ketika ini.
Buat masa ini Klopp terpaksa bergantung kepada Fabinho yang sebenarnya bukanlah pemain pertahanan tulen dan juga dua pemain muda Nathaniel Phillips dan Rhys Williams yang masih belum mempamerkan konsistensi dalam perlawanan-perlawanan penting.
Mustafi yang merupakan anggota skuad Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014 pastinya dipilih atas beberapa faktor, di antaranya adalah pengalaman yang dimiliki oleh pemain berusia 28 tahun itu di peringkat tertinggi terutamanya saingan EPL.
Apa pula kata penyokong Liverpool yang lain?
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Shkodran Mustafi dan Liverpool:
Peter Crouch: Liverpool Akan Tamatkan Saingan Di Atas Man Utd