Kenapa Malaysia Tak Perlu Gusar Kehilangan Khidmat Endrick Dos Santos?

Pemain tengah menyerang kebangsaan, Endrick dos Santos sebelum ini dilaporkan bakal terlepas untuk mengharungi saingan Piala Asia 2023 yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Bernama, Endrick dijangka tidak dapat dibawa turun beraksi dalam tiga perlawanan bagi saingan tersebut kerana dibelenggu isu kecederaan.

Malah kelibat pemain naturalisasi itu juga dikhabarkan turut tidak beraksi ketika Malaysia menentang Syria sebelum itu bagi siri perlawanan tertutup.

Endrick yang tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan sejak beberapa perlawanan lalu jelas menimbulkan keresahan dalam kalangan para peminat kini selepas beliau dilaporkan tidak akan beraksi bagi aksi peringkat Kumpulan E.

Walaupun begitu, para peminat kebangsaan sebenarnya tidak perlu risau kerana Kim Pan-gon masih memiliki beberapa pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan tersebut.

Jika dilihat pada senarai barisan pemain yang dipanggil, Malaysia masih lagi memiliki beberapa tonggak bersesuaian untuk beraksi di posisi tengah serangan bagi menggantikan khidmat Endrick.

Nama Stuart Wilkin antara yang menjadi kegemaran untuk mengisi kekosongan tersebut bagi mengetuai jentera serangan negara dari bahagian tengah.

Wilkin sebenarnya menjadi antara nama penting bawah kendalian Kim sejak beliau memegang tampuk kejurulatihan skuad Harimau Malaya.

Malah, beliau juga bertindak dengan sangat konsisten dalam setiap perlawanan membabitkan pemain ini di pentas antarabangsa.

Cemerlang bersama Sabah pada tahun lalu menerusi beberapa gol serta bantuan jaringan, nama Wilkin pastinya akan menjadi keutamaan di posisi tersebut.

Selain Wilkin, nama Safawi Rasid juga dianggap sangat sesuai ketika ini untuk mengisi kekosongan tersebut dan beliau sudah pun diturunkan beberapa kali selaku pemain tengah serangan.

Memiliki visi sangat baik untuk membuka serangan, Safawi juga memiliki keupayaan cukup tinggi untuk melepaskan rembatan tepat dari luar kotak penalti.

Selain dua nama disebutkan itu, Faisal Halim, Paulo Josue, serta Brendan Gan juga menjadi antara yang terbaik untuk beraksi di posisi berkenaan bersama skuad kebangsaan menerusi kualiti dimiliki mereka untuk menggantikan tugas Endrick.

Pada pandangan anda, pemain mana lebih layak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN