Bekas Bintang Kebangsaan Portugal Sah Bakal Perkukuh Jentera Tengah JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan barisan pemain import mereka, dengan terbaharu pasukan itu berjaya menandatangani bekas tonggak kebangsaan Portugal, Francisco Geraldes.

Perkara itu diumumkan sendiri secara rasmi menerusi laman rasmi mereka iaitu Johor Southern Tigers (JST) melalui satu klip video untuk memperkenalkan pemain tersebut.

Geraldes yang berasal dari Lisbon, Portugal bukan satu nama yang calang-calang diikat JDT kerana pemain tersebut memiliki reputasi tersendiri di saingan Eropah.

Pemain berusia 28 tahun itu memulakan karier beliau bersama Sporting Lisbon di mana kelab itu turut berjaya melahirkan bintang sensasi dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

Selepas itu, Geraldes juga turut menyertai beberapa pasukan ternama di Eropah seperti Eintracht Frankfurt, AEK Athens, Estoril, dan Baniyas sebelum sah menyertai JDT untuk saingan hadapan.

Beroperasi di posisi tengah, Geraldes mempunyai kreativiti sangat tinggi untuk membuka serangan menerusi kualiti visi beliau selain mampu mencipta kombinasi permainan pantas bersama rakan sepasukan lain.

Malah, pemain ini juga mampu beraksi di beberapa lagi posisi untuk memberi kelebihan buat JDT mengikut kesesuaian taktikal menghadapi lawan seperti tengah serangan serta sayap kanan.

Bersama Baniyas dalam saingan UAE Pro League, Geraldes sudah pun mencipta tiga bantuan jaringan daripada 14 penampilan secara keseluruhan.

Beliau juga menjadi pernah menganggotai pasukan kebangsaan Portugal untuk skuad pembangunan di pelbagai usia bagi menjadikan beliau sebagai antara pemain memiliki pengalaman cukup luas.

Selain Geraldes, JDT sebelum itu turut menandatangani seorang lagi pemain tengah dari Argentina yang memiliki kerakyatan Syria iaitu Jalil Elias.

Seperti Geraldes, Elias juga menjadi rekrut baharu yang bakal mencipta penampilan buat pertama kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama JDT serta menyertai kejohanan di pentas Asia.

Ketika ini, dua pemain import baharu yang beraksi di posisi tengah sudah ditandatangani JDT dan kekosongan di jentera serangan masih lagi belum diketahui siapa bakal menjadi rekrut baharu mereka.

Pada pandangan anda, adakah JDT akan memperkenalkan lebih ramai pemain bertaraf bintang untuk saingan musim hadapan yang dianggap lebih mencabar ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN