“Kenapa Main Petang?” – Adakah Stadium Larkin Tak Capai Piawaian AFC Untuk Aksi ACL Sebelah Malam?

JDT Stadium Larkin ACL 2022
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Loading official content
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
Go behind the scenes at Clairefontaine and watch Kylian Mbappé and other France stars taking part in the first squad photo of the year.
0 seconds of 58 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training
00:33
00:00
00:58
00:58
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video French Federation di OneFootball

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa aksi terakhir ACL 2022 untuk Kumpulan I tidak dilangsungkan pada sebelah malam berbanding di sebelah petang seperti ketetapan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ketika ini?

Selepas mengharungi lima aksi di sebelah malam di Stadium Sultan Ibrahim, untuk aksi terakhir Kumpulan I, AFC Champions League (ACL) 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan Ulsan Hyundai di sebelah petang.

Ia juga kali pertama Stadium Sultan Ibrahim akan melangsungkan perlawanan kompetitif di sebelah petang. Mengapa petang? Sudahlah bermain di sebelah petang, di bulan puasa pula, malah aksi yang jadi tumpuan dan penting. Beberapa tonggak JDT seperti Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Arif Aiman, tentunya berpuasa.

Jika dilihat ia banyak kekurangan di pihak JDT dan mungkin ada yang bertanya mengapa waktu petang dipilih?

Seperti mana kebiasaannya, perlawanan terakhir kumpulan dalam apa-apa pertandingan akan dilangsungkan pada waktu yang sama. Jadi, aksi JDT menentang Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale bertemu Guangzhou FC, mesti dilangsungkan pada waktu yang sama atau serentak. Jika begitu, mengapa tidak waktu malam?

Perlawanan pada waktu serentak ini diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Piala Dunia 1986 untuk mengelakkan sebarang syak wasangka mengenai kelebihan sesebuah pasukan tersebut.

Mengapa perlawanan tidak dilangsungkan pada sebelah malam sahaja, bukankah lebih mudah begitu? Atau sebenarnya Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menganjurkan perlawanan di sebelah malam. Itu yang paling hampir.

https://twitter.com/arteziarosie/status/1519501106099138561

Ini kerana, setakat ini, semua perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Larkin dilangsungkan pada sebelah petang. Cuma untuk JDT, mereka beraksi di Stadium Sultan Ibrahim yang mungkin lulus untuk aksi malam.

Sedikit berbeza dengan saingan Liga Premier, JDT II dibolehkan beraksi di Stadium Larkin di sebelah malam.

Mungkin piawaian liga tempatan membantu Larkin dibolehkan melangsungkan perlawanan di waktu malam – minima 1,200 lux untuk lampu limpah. Menurut Peraturan Stadium AFC pada 2021, ditetapkan antara sekitar bacaan 1,800 lux untuk pencahayaan lampu limpah. Tidak dipastikan berapa bacaan pencahayaan di Larkin.

Mungkin inilah halangan buat Stadium Larkin melangsungkan aksi di waktu malam di saingan ACL 2022.

Untuk melangsungkan perlawanan serentak, aksi di Stadium Sultan Ibrahim juga perlu mengikuti ketetapan Stadium Larkin yang mungkin hanya dibenarkan untuk aksi di sebelah petang. Adakah JDT yang setakat ini hanya bermain pada malam, mampu bertahan di waktu petang dan panas, Ulsan Hyundai sudah empat kali.

Ini membolehkan Ulsan Hyundai sudah biasa beraksi di waktu petang dan ini satu lagi kelebihan buat mereka.

Kelebihan lain adalah beberapa tonggak JDT berpuasa dan tentunya ia sedikit mengganggu prestasi mereka.

Setakat ini mungkin dapat dirumuskan yang Stadium Larkin tidak menepati piawaan AFC untuk menganjurkan aksi di sebelah malam. Ia pasti sedikit mengganggu kerancakkan persaingan terakhir slot untuk ke pusingan 16 terbaik. Begitupun, perlawanan petang ini menjanjikan perebutan tiket yang amat panas dari segenap sudut.

JDT dan Ulsan Hyundai – kedua-duanya memburu kemenangan kerana keputusan seri akan membawa kedua-dua pasukan ‘berkemas beg’ untuk dihantar pulang daripada ACL 2022. Petang atau malam, ia hanyalah waktu. Sudah tentu, dari segi mental, kedua-dua pasukan sudah sangat bersedia untuk memberikan yang terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN