Liga M 2018: Main Waktu Petang Jika Tahap Pencahayaan Lampu Limpah Kurang 1200 Lux

Badan pengendali Liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengingatkan setiap pasukan Liga Malaysia supaya memastikan tahap pencapaian lampu limpah di venue yang dipilih menepati piawaian yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan badan pengendali liga dilaman facebook rasmi mereka, peraturan mengenai pencahayaan lampu limpah ini sebenarnya telah lama termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2013-2016 sewaktu Liga Malaysia di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan seterusnya peraturan tersebut telah diimplimentasi oleh Football Malaysia LLP(FMLLP) dari 2015-2017.

Ia bermakna peraturan ini sudah lama dipraktikkan sejak empat tahun yang lalu.

“Pencahayaan lampu limpah merupakan elemen yang penting untuk sesuatu perlawanan terutamanya bagi tujuan penyiaran.

“Selain itu ia turut meningkatkan visibiliti para pemain dan Pegawai Perlawanan di atas padang termasuk memberi impak kepada penyokong di stadium dan penonton yang menyaksikan perlawanan siaran langsung di kaca TV,” kata kenyataan itu.

FMLLP juga turut menjelaskan tahap pencahayaan minima diubah secara berperingkat seperti berikut :

a. 1000 lux di semua 9 lokasi untuk musim 2013 dan 2014
b. 1200 lux di 9 lokasi untuk musim 2015 dan 2016
c. 1400 lux di 9 lokasi untuk musim 2017 dan seterusnya

Ini bermakna semua venue perlawanan perlu mencapai pencahayaan lampu limpah dengan keperluan minimum 1200 lux di semua 9 lokasi dan bagi venue yang tidak menepati bacaan minimum, perlawanan pasukan yang menggunakan venue berkenaan akan diadakan pada sebelah petang.

“Tahap pencahayaan lampu limpah jika mengikut kepada pelan perancangan bagi tahun 2017, berjumlah 1400 lux bagi 9 lokasi. Namun begitu, FMLLP masih lagi mengekalkan bacaan 1200 lux sehingga 2018.,” jelas mereka.

Jika tahap pencahayaan tidak mengikut piawai, FMLLP boleh mengarahkan stadium atau padang berkaitan bermain pada sebelah petang dan memperbaiki tahap pencahayaan lampu limpah sehingga diperiksa dan diluluskan oleh FMLLP.

Sementara itu, hasrat pasukan Perak untuk mengunakan Stadium Manjung sebagai venue rasmi saingan Liga Super 2018 mengantikan sementara Stadium Perak masih kabur atas aspek keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata kepada Sinar Harian, pihaknya masih mengkaji permohonan Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) dan ia dalam penelitian badan itu.

“Kita tak boleh sahkan mereka akan beraksi di Manjung kerana ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Buat masa ini, kami juga akan mempertimbangkan Stadium TLDM Lumut sebagai venue rasmi pasukan Perak tetapi semuanya masih di peringkat pemerhatian.

“Perkara utama ialah aspek keselamatan untuk perlawanan berprofil tinggi melibatkan pasukan Perak, yang mana kita perlu menitikberatkan perkara itu bagi mengelakkan berlakunya sebarang huru-hara atau pergaduhan.

“Selain itu, kita juga menekankan aspek lampu limpah, yang mana perkara ini juga menjadi antara kelemahan yang boleh menjejaskan kualiti siaran dan perlawanan itu sendiri.

“Ada kemungkinan jika aspek lampu limpah tidak menepati piawaian, perlawanan membabitkan pasukan Perak di laman sendiri akan berlangsung pada waktu petang,” katanya.

Pada masa sama, Kevin turut mengulas venue perlawanan membabitkan pendatang baru Liga Super musim depan, Kuala Lumpur dan PKNP FC.

“Untuk Kuala Lumpur kita memang berharap mereka dapat menggunakan Stadium Cheras. Tapi kita belum dapat membuat sebarang pengesahan kerana ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum kami meluluskan penggunaan stadium itu.

“Manakala, bagi PKNP kita memang sudah meluluskan Stadium Batu Kawan sebagai venue rasmi mereka musim depan.

“Bagi saya tiada isu untuk PKNP, sebuah pasukan dari Perak tetapi menggunakan stadium di Pulau Pinang sebagai venue rasmi kerana mereka sendiri yang meminta untuk menggunakan stadium itu musim depan,” katanya.

Kevin turut meminta semua pasukan lain untuk segera mengesahkan status venue rasmi mereka bagi menghadapi musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN