Kenapa Kim Pan-gon Guna Perkataan ‘Compassion’ Untuk Hargai Lelah Pemainnya?

Kim Pan-gon Head Coach Malaysia 2022

Menurut pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, beliau tahu sebilangan pemain-pemainnya penat, tetapi menghargai sikap profesional mereka.

Malaysia berjaya mengatasi cabaran Kemboja dengan keputusan 4-0 dalam satu aksi persahabatan menjelang saingan Piala AFF 2022, malam tadi.

Ia persembahan yang baik di babak pertama sebelum aspek kecergasan dilihat mula memamah kudrat pemain-pemain skuad kebangsaan.

Ini diakui Kim dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir. Katanya, “Seperti saya katakan sebelum ini, kita mahu kekalkan DNA Malaysia – aspek dominasi perlawanan, semangat melawan, agresif, kompak dan bermain satu pasukan. Banyak kesilapan di babak kedua, saya sentiasa meminta lebih dan mereka telah berikan yang terbaik semampu mereka [dalam perlawanan].”

Saya memang berniat menekan mereka kerana ketika ini kita perlu tingkatkan kekuatan fizikal untuk mendapatkan tahap kecergasan yang sebaiknya. Saya tahu ada dikalangan pemain yang sudah terlalu penat,” ujarnya lagi yang mengakui tidak menyangka akan menang besar.

Malaysia Mudah Atasi Kemboja, Tuck & Wilkin Jaring Gol Sulung Bersama Harimau Malaya

Dengan menyenaraikan ramai muka baharu, Kim tentunya tidak meletak harapan tinggi dengan mungkin lebih fokus kepada bagaimana pemain-pemain baharu untuk cuba menyesuaikan diri dengan arahan taktikalnya.

Antara pemain yang diberikan kaps pertama malam tadi adalah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz, David Rowley, Lee Tuck, Stuart Wilkin, Shamie Iszuan, Sergio Aguero dan ‘ubi muda’ berusia 18 tahun, Aliff Izuwan Yuslan.

Beliau berbangga dengan karekter yang dipamerkan barisan pemainnya.

Mereka menunjukkan tahap permainan yang baik untuk beraksi di Piala AFF. Jika kita tidak bersedia, kita akan gagal. Jadi, malam ini, saya memang memberi tekanan dan mereka melakukannya. Saya sangat bangga dan menghargai para pemain yang sangat memahami,ungkapnya.

Kim Pan-go dilihat menggunakan frasa ‘compassion’ dalam melontarkan penghargaan kepada pemain yang turun beraksi malam tadi, kenapa?

Jika diterjemahkan secara terus, ia membawa maksud simpati atau belas ehsan. Tetapi, dalam konteks perlawanan semalam dan situasi skuad kebangsaan, ia seolah-olah membawa makna yang sangat mendalam.

Sebagaimana yang kita tahu, majoriti skuad ini dibarisi muka-muka baharu dan pertama kali dipanggil Kim. Skuad kebangsaan memiliki permintaan yang tinggi buat para pemain seperti yang dijelaskan Kim sebelum ini.

Menurut Kim, DNA Malaysia merangkumi aspek dominasi perlawanan, semangat melawan, agresif, kompak dan bermain satu pasukan.

Bagi pemain-pemain yang tidak pernah bersama skuad kebangsaan, untuk memahami falsafah Kim Pan-gon dalam masa singkat, tentunya sukar.

Jadi, sikap pemain-pemain ini sangat dihargai oleh Kim yang boleh kita katakan terpaksa merombak hampir keseluruhan wajah skuadnya.

Saya tidak sangka kita dapat jaring empat gol kerana kita hanya dapat berkumpul dalam masa yang singkat dan kita memanggil banyak pemain baharu. Nampak seperti kita sudah lama bermain bersama,” tegas Kim.

Biarpun mencuba kombinasi baru, gol-gol skuad negara malam tadi dijaringkan oleh Faisal Halim (dua gol), Lee Tuck dan Stuart Wilkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN