Kenapa JDT Perlu Layan ‘Rumours’ Perpindahan Muslihuddin Atiq?

Atiq TFC 'rumours' ke JDT

Kenapa Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu keluarkan penafian mengenai ‘rumours’ perpindahan penyerang Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq?

Adat dalam dunia bola sepak, sama ada pengendali ataupun pemain dikaitkan perpindahan ke pasukan lain menjelang penghujung musim.

Bak kata Nafuzi Zain yang hangat dikaitkan akan meninggalkan Terengganu FC, “Ianya [rumours] asam garam sebagai jurulatih mahupun pemain.”

Khabar angin ini boleh diperolehi dari pelbagai sumber yang tidak rasmi selain pasukan. Ini sudah menjadi kebiasaan dalam dunia bola sepak.

Seperti kes Nafuzi dan ayam tambatannya, Faisal Halim yang dikatakan akan meninggalkan pasukan, tetapi belum ada jawapan daripada pihak pengurusan mengenainya. Malah, tuan badan sendiri pun menafikan sebarang urusan perpindahan sedang berjalan pada ketika ini.

Penjaga gol skuad kebangsaan, Syihan Hazmi dan rakan sepasukan di Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee juga dikatakan akan ke Selangor.

Semua ini masih lagi di peringkat khabar angin kerana individu yang dikaitkan pun tidak menyatakan apa-apa termasuklah pasukan mereka.

Ia mungkin dimulakan oleh individu yang terasa dirinya pakar perpindahan pemain Eropah, Fabrizio Romano yang popular dengan frasa, “Here we go!”

Ataupun ada individu di belakang tabir dalam cubaan untuk mendapatkan sesuatu daripada urusan perpindahan dan kontrak mereka yang terlibat.

Namun, apabila individu yang mempunyai perkaitan dengan pasukan ada memaklumkan mengenainya, ia memberi gambaran berbeza tentangnya.

Kembali kepada kes Atiq yang ramai anggapnya sebagai ‘rumours’. Jika ia datang dari luar pasukan, mungkin ia adalah khabar angin, namun jika ia disebut sendiri oleh pihak berkepentingan dan ahli lembaga pengarah pasukan, ia boleh dianggap sebagai datang dari ‘lidah rasmi’ Terengganu.

Kisah perpindahan Atiq ini dilihat dimulakan oleh individu yang merupakan antara ahli lembaga pengarah pasukan iaitu Wan Sukairi Wan Abdullah.

Kenapa Wan Sukairi dikatakan sebagai antara ‘lidah rasmi’ pasukan?

“Bila-bila sahaja pengurusan teknikal boleh kemukakan cadangan tetapi setakat ini kami selaku ahli lembaga pengarah belum menerima sebarang maklum balas.”

Wan Sukairi, Harian Metro

Wan Sukairi dikatakan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media dan tentunya ini mengejutkan banyak pihak termasuklah pemain sendiri.

Oleh itu, JDT menerusi Pengarah Sukan, Alistair Edwards dengan pantas mengeluarkan kenyataan penafian berhubung khabar angin tersebut.

Menurut Vijhay Vick, terdapat perbezaan antara khabar angin dengan pemain atau pasukan memaklumkan tentang penerimaan tawaran.

Ia mungkin bagi menyokong, mengapa Alistair perlu keluarkan kenyataan.

Begitupun, adakah penafian tersebut perlu dilakukan oleh JDT? Kerana mengikut trend, selepas penafian, pemain tersebut benar-benar menyertai skuad Harimau Selatan, cepat atau lambat sahaja ia direalisasikan.

Seperti kes bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid dan pertahanan Selangor, Azrif Nasrulhaq yang sebelum itu dinafikan sedang dirisik JDT, namun selepas itu, ‘rumours’ itu akhirnya menjadi kenyataan, mereka sah ke JDT.

Jadi, adakah dengan penafian ini, ia membenarkan ‘rumours’ tersebut?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN