Kenapa JDT Hanya Tinggal 4 Mata & Perlu Menang Ke Atas Ulsan Hyundai Untuk Mara?

JDT Ulsan mesti menang

Kenapa JDT hanya tinggal empat mata sedangkan dapat kita lihat mereka telah mengumpul 10 mata? Dan mengapa mereka tidak boleh seri berdepan Ulsan Hyundai dan hanya menang yang boleh bantu mereka?

Dengan tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini selaku pendahulu, Kumpulan I, AFC Champions League (ACL) 2022, namun hanya akan diambil kira empat mata – bukan 10.

Kenapa situasi ini berlaku dan terdapat kehilangan enam mata buat JDT? Adakah jalan menjadi semakin sukar?

Sebenarnya mata dan kemenangan itu dikira dan tiada pun pembatalan mana-mana keputusan perlawanan melibatkan Harimau Selatan. Disebabkan penarikan diri kelab dari China, Shanghai Port FC, saingan ACL jadi tidak stabil dalam satu kumpulan iaitu Kumpulan J melibatkan Vissel Kobe, Kitchee dan Chiangrai United.

Oleh itu, seperti kebiasaannya, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan menggunakan kaedah – bagi kumpulan selain daripada kumpulan J, keputusan perlawanan melibatkan pasukan yang berada di kedudukan terakhir kumpulan tersebut tidak akan dikira. Dan untuk Kumpulan I, tentunya yang melibatkan Guangzhou FC.

Setelah ditewaskan dalam lima perlawanan, Guangzhou hampir pasti akan berada di dasar kumpulan. Jadi, apa-apa keputusan melibatkan mereka, tidak akan dikira. Sebesar mana pun keputusan yang dilakar mereka ke atas Guangzhou, ia tidak membawa erti. Jadi, enam mata JDT sudah pun ‘hangus’ – tetapi tidaklah sepenuhnya.

Ini kerana, keputusan ke atas Guangzhou penting untuk melihat pasukan menduduki tangga kedua kumpulan.

Penolakkan tiga mata hanya akan dikira ketika penentuan tiga pasukan di kedudukan kedua terbaik kumpulan.

ACL 2022 JDT
Persaingan tiga slot kedudukan kedua terbaik terkini

JDT hanya diiktiraf mengumpul empat mata untuk penentuan pasukan yang bakal mara ke pusingan 16 terbaik. Di zon Asia Timur, daripada lima kumpulan, hanya tiga pasukan di kedudukan kedua terbaik berpotensi mara. Walaupun berada di teraju liga, keputusan perlawanan terakhir masih boleh menolak JDT ke tangga bawah.

Jika JDT terikat seri ketika bertemu Ulsan Hyundai dalam aksi penutup dan Kawasaki Frontale menang ke atas Guangzhou, kelab Jepun itu akan berada di takhta liga dan JDT akan turun ke tangga ke-3. Ini kerana, perbezaan gol pula akan diambil kira selepas head-to-head masih mengikat ketiga-tiga pasukan. Ia situasi rumit buat JDT.

Bukan hanya JDT dan Ulsan Hyundai akan terikat 11 mata, tetapi, Kawasaki Frontale juga akan mengumpul 11 mata. Selepas kiraan mata berdasarkan head-to-head, mereka terikat pula dengan lima mata dan berdasarkan rekod pertemuan, ia seimbang buat ketiga-tiganya yang hanya boleh ditentukan dengan perbezaan jaringan.

Ini puncanya JDT boleh dianggap baru mengumpul empat mata, bukan disebabkan potongan mata yang diraih berdepan Guangzhou – yang belum lagi dipotong disebabkan belum menentukan tiga slot pasukan kedudukan kedua terbaik daripada setiap kumpulan. Head-to-head tiga penjuru itu menjadikan situasi Kumpulan I ini unik.

Situasi Ulsan Hyundai juga sama jika seri – untuk mara ke pusingan 16 terbaik. Perbezaan jaringan mereka tidak akan membantu dek kerana pasukan daripada kumpulan lain memiliki perbezaan jaringan lebih baik.

Oleh itu, perlawanan pada Sabtu ini boleh dilabel sebagai ‘winner takes all’ kepada JDT dan Ulsan Hyundai.

Jadi JDT wajib menang dalam dua perlawanan selepas tewas kepada Kawasaki Frontale – ke atas Guangzhou dan Ulsan Hyundai. Guangzhou sudah dijinakkan oleh dua gol Bergson dan Sabtu ini, giliran Ulsan Hyundai pula. Tiada cara lain, JDT wajib menang. Seri, JDT tersingkir dan Ulsan Hyundai mungkin juga pulang bersama.

Dan jika JDT menang ke atas Ulsan Hyundai, sebesar mana pun Kawasaki Frontale menang ke atas Guangzhou, ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan JDT di takhta. JDT akan mengumpul 13 mata, sementara Kawasaki Frontale pula hanya 11 mata. Ulsan Hyundai pula sah tersingkir daripada saingan ACL 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN