5 Pemain Man Utd Patut ‘Invest’ Untuk Bantu Erik ten Hag Bangkitkan Man Utd

5 pemain baharu yang dipercayai mampu membangkitkan Manchester United akan dibahaskan di dalam artikel ini.

Erik ten Haag sah akan bergelar pengurus baharu Manchester United bermula musim panas 2022 ini, dengan perjanjian selama tiga tahun.

Ini bermakna tiga tahun seterusnya bakal menjadi detik penting kelab itu dan Ten Haag mempunyai tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan yang telah lama hilang dari Old Trafford.

Dan siapakah pemain yang dimaksudkan mampu membantu Ten Haag untuk mengubah nasib malang Manchester United?

Declan Rice (West Ham United)

(Photo by Jeff PACHOUD / AFP)

Ini bukan kali pertama Declan Rice dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. Umum mengetahui bahagian tengah bertahan adalah antara titik lemah pasukan itu sejak beberapa musim yang lali.

Selama ini Fred dan Scot McTominay sering menjadi harapan pasukan untuk membentuk ‘double pivot’ – namun sumbangan kedua-duanya tidak konsisten dan tidak berada di tahap yang diharapkan.

Declan Rice dianggap sebagai antara pemain Inggeris terbaik di posisi itu. Ia juga langkah yang menguntungkan kedua-dua pihak kerana ia juga peluang bagi Rice menyertai sebuah kelab besar.

Aurelien Tchouameni (AS Monaco)

(Photo by Jean-Philippe KSIAZEK / AFP)

Manchester United memerlukan lebih daripada seorang di jentera tengah. Selain Declan Rice, Manchester United juga boleh mendapatkan Aurelien Tchouameni dari AS Monaco.

Bersama AS Monaco pada musim ini, Aurelin Tchouameni telah menjaringkan tiga gol dan dua assist. Ia adalah sumbangan yang dianggap baik mengambil kira beliau adalah seorang pemain tengah bertahan.

Kehadiran Aurelin Tchouameni dijangka akan menyukarkan Fred dan McTominay dan mewujudkan persaingan untuk kesebelasan utama. Minat yang ditunjukkan oleh beberapa kelab utama eropah yang lain seperti Real Madrid dan Bayern Munich juga menceritakan reputasi dan potensi yang dimiliki pemain ini.

Antony dos Santos (Ajax Amsterdam)

(Photo by MIGUEL MEDINA / AFP)

Hilang khidmat Mason Greenwood, ini bermakna Erik ten Haag akan mengalami kekurangan di posisi sayap kanan apabila mengambil alih Manchester United pada musim panas ini.

Buat masa ini, Ralf Rangnick terlalu bergantung harap kepada pamain muda dan produk akademi, Anthony Elanga di posisi tersebut.

Dan sekiranya Ten Haag mahukan seorang pemain yang berpengalaman dan mampu memberikan impak segera, maka Anthony dos Santos dianggap sebagai pemain yang sesuai.

Di bawah kendalian Ten Haag bersama pasukan Ajax pada musim ini, Anthony dos Santos telah menghasilkan 12 gol dan 10 assist – ia adalah profil pemain yang amat diperlukan oleh United pada ketika ini.

Jurrien Timber (Ajax Amsterdam)

(Photo by PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)

Ia bukan menghairakan sekiranya Ten Haah turut akan memborong beberapa pemain lain dari Ajax bersamanya untuk menyertai Manchester United pada musim panas akan datang.

Dan salah seorang pemain yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan Ajax berusia 20 tahun, Jurrien Timber.

Timber dilihat sebagai seorang bek sayap kanan moden yang mampu bertahan dan melakukan serangan – standard yang gagal dipenuhi oleh Diago Dalot dan Aaron Wan-Bissaka di United setakat ini.

Usianya yang muda dan harga sekitar £30 juta, ini juga bermakna Timber boleh menjadi pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi untuk United.

Darwin Nunez (Benfica)

(Photo by CARLOS COSTA / AFP)

Jentera serangan Manchester United selepas ini mungkin tidak lagi diketuai oleh Cristiano Ronaldo. Bintang portugal itu dianggap sudah berada di penghujung karier – tatkala Ten Haag lebih berminat membina sebuah pasukan United yang baharu.

Gaya permainan Ronaldo juga dikhabarkan tidak sesuai dengan corak permainan pressing yang diterapkan oleh jurulatih dari Belanda itu. Ini bermakna seorang pemain berdarah muda dan laparkan gol diperlukan oleh United pada musim hadapan.

Kerana itu United turut dikaitkan dengan penyerang Benfica yang berasal dari Uruguay, Darwin Nunez.

Berusia 22 tahun, Nunez tampil garang bersama Benfica pada musim ini apabila sudah menghasilkan 33 gol daripada 39 penampilan untuk kelabnya setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN