Kenapa panggilan Azzuri begitu sinonim dengan skuad kebangsaan Itali? Itali akan berhadapan England di perlawanan akhir Euro 2020 yang akan berlangsung di Stadium Wembley pada 12 Julai hadapan. Ia pasti laluan berliku buat anak buah Roberto Mancini, mengambil kira lawan mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri.
Kali terakhir Itali bergelar juara kejohanan ini ialah pada 1968, apabila menewaskan Yugoslavia 2-0 dalam perlawanan ulangan setelah perlawanan asal berakhir dengan keputusan seri 1-1. Kali terakhir mereka mara ke perlawanan akhir pula ialah pada 2012 namun berakhir dengan kekecewaan.
Itali yang turut sinonim dengan panggilan Azzuri pernah menjuarai Piala Dunia empat kali dan terkenal dengan jersi warna biru. Mengapakah nama panggilan Azzuri amat sinonim dengan mereka? Apakah kaitannya dengan jersi berwarna biru?
All white kemudian jadi biru
Seperti kebanyakkan skuad kebangsaan yang sudah wujud pada awal abad ke-20, Itali pada mulanya menggunakan jersi berwarna putih ketika melakukan penampilan sulung menentang Perancis pada 1910.
Pada ketika itu terdapat perdebatan warna manakah yang sepatutnya mewakili sesebuah negara. Negara Itali pula hanya disatukan (terdiri dari wilayah-wilayah) 50 tahun sebelum itu.
On 6th January 1911, in a match against #Hungary, the Italian National football team wore for the first time its peculiar light-blue jersey.
The "Azzurro" colour comes from the Coats of Arms of the House of #Savoy, the ruling family during the Kingdom of #Italy (1861-1946). pic.twitter.com/NRsx9xs96a— Italy in Natolin (@ItalyinNatolin) January 6, 2020
Bukan itu sahaja. Pada era sebelum itu harga pewarna untuk mewarnakan baju atau jersi juga mahal.
Itali akhirnya memilih untuk menggunakan jersi berwarna biru pada 1911 dalam perlawanan menentang Hungary. Biru dianggap sebagai pilihan yang natural di kalangan rakyatnya, yang diambil dari “biru Savoy” (turut dikenali sebagai Savoy azure).
Ia digelar biru Savoy kerana wrna biru yang kita lihat seperti pada jersi Itali pada hari ini amat sinonim dengan warna biru yang sinonim dengan pemerintah pada kurun ke-11, “House of Savoy”.
House of Savoy adalah salah sebuah keluarga diraja yang berpengaruh di wilayah Sicily, dan merupakan pemerintah yang menyatukan seluruh Itali seperti yang ada pada hari ini.
Did you know why the Italian National Teams play in blue? It’s because blue was the colour of the banner of The House of Savoy 👑, under whom Italy was unified in 1861. Even tho in 1946 Italy became a Republic, the nickname Azzurri (the blues) and the colour still stay today 💙 pic.twitter.com/H2QekJsKOC
— CoutureAndRoyals (@CoutureRoyals) July 7, 2021
Melalui susur galur keluarga Savoy-Carignano, mereka kemudiannya menjadi pemerintah di Itali sehingga negara tersebut diisytiharkan sebagai sebuah republik pada 1946. Empat raja terakhir Itali iaitu, Victor Emmanuel II, Umberto I, Victor Emmanuel III, dan Umberto II semuanya berasal dari House of Savoy.
Ia juga menjelaska mengapa warna biru Savoy mewarnai lambang bendera yang mewakili presiden Itali ( Presidential Standard of Italy) pada hari ini.
Turut dipanggil azzurro Savoia di dalam bahasa Itali, warna biru Savoy ibarat warna kebangsaan buat Itali dan diadaptasi sepenuhnya kepada warna jersi. Itulah bagaimana Itali mendapat nama panggilan ‘Azzuri’ dan biru menjadi warna kebanggaan skuad kebangsaan mereka – termasuk untuk acara sukan antarabangsa yang lain.
Jersi Itali yang lain
Seperti kebanyakkan pasukan lain, Itali juga turut memiliki beberapa jersi berwarna lain, lari dari tradisi dan kebiasaan. Bekas Perdana Menteri dan diktaktor terkenal dunia, Benito Mussolini pernah mengarahkan Itali beraksi dengan jersi serba hitam dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 1935, dan sekali lagi pada 1938.
Ia agak aneh kerana Itali tetap mengekalkan warna biru di Sukan Olimpik 1936 di Jerman yang diperintah oleh Adolf Hitler.
Untuk jersi di tempat lawan, Itali kebiasaannya memilih untuk menggunakan jersi berwarna putih, namun pernah juga menggunakan jersi berwarna hijau. Ia pertama kali digunakan ketika perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 1954.
Terdapat juga cerita disebabkan hanya pemain yang berada dii dalam skuad senior Itali yang layak memakai warna biru, maka skuad junior yang membawa nama Itali beraksi di pertandingan antarabangsa hanya dibenarkan menyarung jersi warna hijau.
Sejak Itali bergelar negara republik, baju berwarna biru menjadi warna utama jersi pasukan kebangsaan sehingga ke hari ini.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Mikkel Damsgaard: Budak Ajaib Denmark Yang ‘Meletop’ Di Euro 2020
Chelsea Paling Hebat, “Supplier” Terbesar Pemain Di Separuh Akhir Euro 2020
Euro 2020: 4 Sebab England Akan Kecewa & “Footballs’s Coming Home” Hanya Sekadar Retorik