Tempoh Hari Sokong LGBT, Kini Griezmann ‘Kantoi’ Rasis Terhadap Orang Jepun

Antoine Griezmann

Kontrak pemain Barcelona, Antoine Griezmann bersama pengeluar permainan video dari Jepun iaitu Konami telah dibatalkan baru-baru ini atas insiden perkauman yang melibatkan beliau dengan Ousmane Dembele.

Griezmann yang merupakan duta permainan video Yu-Gi-Oh! telah ditamatkan kontraknya selepas tular rakaman beliau bersama Dembele mengamalkan sikap perkauman terhadap orang Jepun pada 2019.

Rakaman tersebut menyaksikan perbuatan tersebut diketuai oleh Dembele yang mengetawakan juruteknik dan pegawai berbangsa Jepun ketika mereka berada di sana.

Dalam rakaman tersebut menyaksikan Dembele sebagai perakam melakukan jenaka berunsur perkauman terhadap jurulatih dan pegawai tersebut sambil diiringi oleh ketawa Griezmann.

“Semua muka-muka buruk ni, semata-mata nak pastikan kau boleh main Pro Evolution Soccer. Kau tak malu ke?,” kata Dembele kepada Griezmann dalam video tersebut.

Walaupun hanya sekadar ketawa, namun Konami mengambil serius isu tersebut lalu menamatkan kontrak Griezmann sebagai duta mereka.

“Kami telah mengumumkan Antoine Griezmann sebagai duta Yu-Gi-Oh!, bagaimana pun oleh disebabkan isu yang hangat ketika ini kami telah membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya,” kata Konami menerusi ESPN.

Konami yang juga merupakan rakan kongsi kelab Griezmann dan Dembele iaitu Barcelona menerusi siri eFootball Pro Evolution Soccer (PES) turut meminta pasukan Catalan itu memberikan penjelasan.

Malah, penaja utama Barcelona iaitu Rakuten yang juga berasal dari Jepun turut mendesak penjelasan diberikan oleh Barcelona mengenai insiden ini.

Dilaporkan, kedua-dua pemain telah melakukan permohonan maaf secara terbuka di laman media sosial masing-masing.

PES 2022 akan jadi permainan percuma?

Ini bakal menjadi titik tolak perubahan yang besar dalam dunia permainan video bola sepak.

Konami yang menhasilkan siri PES kini dikaitkan dengan sebuah perubahan yang bakal terjadi kepada francais itu.

Hal ini kerana, laporan dalam dunia permainan video kini tersebar luas yang menyatakan edisi terbaharu mereka iaitu PES 2022 bakal dijadikan sebagai permainan percuma atau free-to-play.

Laporan dari GamesRadar memetik, tindakan Konami itu adalah untuk memastikan mereka terus hidup.

“Konami sedang berusah untuk [terus] hidup.”

“Akan ada banyak benda baharu dalam PES tahun ini di mana mereka mahu jadikan permainan itu percuma dan ini akan membawa perubahan.”

Setakat ini, Konami hanya melancarkan beta permainan yang diberi nama New Football Game di platform PlayStation dan XBox untuk menguji tahap kualiti permainan atas talian mereka.

Mereka dijangka bakal memberikan pengumuman lanjut mengenai PES 2022 pada 21 Julai ini.

Baca juga artikel kami yang terkini:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Kenapa Benjamin Mora Masih Pertaruh Formasi Taktikal Yang Sama?

Kenapa Itali Digelar “Azzuri” Dan Jersi Biru Jadi Pilihan?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN