Kenapa Ismahil Akinade Paling Layak Untuk Sertai Terengganu?

Terengganu dilaporkan bakal mendapatkan penyerang import baharu pada musim hadapan untuk memperkasakan posisi tersebut menjadi lebih tajam iaitu Ismahil Akinade.

Terdahulu, beberapa laporan timbul di media sosial dengan menyatakan penyerang dari Nigeria itu dijangka bakal menyertai Terengganu selepas konsisten bersama Kelantan dan Kelantan United.

Kemasukan Ismahil Akinade dilaporkan untuk menggantikan bekas pemain sayap lincah mereka iaitu Sony Norde yang dikatakan bakal berpindah sertai saingan liga di India menerusi kenyataan dikeluarkan oleh wartawan Majoriti, Nazreen Izahar di X.

“Dikhabarkan TFC dapatkan Ismahil Akinade untuk imbangkan bajet pasukan utk musim depan.

“ Disebabkan itu, mereka juga akan lepaskan Sony Norde yg mdapat perhatian kelab India iaitu Mohun Bagan. Akinade dilaporkan sedang jalani ujian perubatan. Pengumuman menyusul,” jelas beliau.

Akinade sebenarnya boleh dianggap sebagai salah seorang penyerang import yang bagus di sebalik krisis dalam dihadapi beliau ketika bersama Kelantan pada awal musim.

Daripada 25 penampilan beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan penyerang tersebut sudah pun meledak 10 gol secara keseluruhan selain enam bantuan jaringan turut dihasilkan pemain ini.

Kekuatan Akinade sudah tentu terarah kepada kelincahan beliau dalam mengawal bola yang digunakan sebagai kelebihannya untuk mengatasi mana-mana pertahanan lawan.

Malah, beliau juga bijak menggunakan kekuatan fizikal serta ketinggiannya pada musim ini untuk memenangi perebutan bola di udara.

Akinade juga bukan sahaja mempertaruhkan ketajamannya di hadapan gol, malah beliau juga menjadi antara pemain cukup kreatif untuk membuka ruang serta membuat umpanan-umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan lain mendapatkan gol.

Maka tidak hairan jika Terengganu mempunyai hasrat untuk mendapatkan Akinade untuk saingan musim hadapan dengan kreativiti serta ketajamannya ditagih untuk membantu Sang Penyu.

Menerusi jangkaan, Akinade mungkin akan diletakkan selaku penyerang kedua buat Terengganu untuk berpasangan bersama Ivan Mamut selepas ada laporan menyatakan pemain itu bakal dikekalkan.

Selepas Adisak Kraisorn gagal memberi impak yang positif, sudah tentu pasukan tersebut mengharapkan penyerang lebih berbisa untuk saingan musim hadapan untuk menggempur kubu pertahanan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN