Penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo kini berdepan dengan pelbagai kritikan kerana sikapnya yang sebelum itu dilihat tidak menghormati pasukan.
Terbaharu, pemain kebangsaan Portugal itu terlepas untuk beraksi mewakili United ketika mereka berdepan Chelsea di Stamford Bridge dengan keputusan terikat seri 1-1.
Erik ten Hag: "Yes, Cristiano Ronaldo refused to come on against Tottenham". 🚨🔴 #MUFC
"There has to be consequences. It is important for the attitude and mentality of the group". pic.twitter.com/pExifE8LKW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 21, 2022
Ronaldo yang bertindak meninggalkan padang lebih awal pada perlawanan lalu kerana enggan bermain selaku pemain simpanan, telah pun diberi hukuman untuk tidak dibawa pada aksi menentang Chelsea.
Bekas pemain United, Gary Neville berharap agar krisis membabitkan pasukan bersama pemain berkenaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat agar ianya tidak menjejaskan prestasi semasa.
Menurut Neville, beliau beranggapan United mampu tampil dengan lebih baik kini walaupun tanpa kelibat Ronaldo di atas padang menerusi pemain-pemain yang ada.
🗣️ "When you start doing things like that, you've probably got to leave."
Gary Neville believes Cristiano Ronaldo isn't doing himself any favours at Manchester United 💬🔴 pic.twitter.com/UrBQIkga7j
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 22, 2022
“Perkara ini perlu dihentikan dalam kadar segera. Sekarang pun tidak ramai penyokong United berharap Ronaldo akan terus beraksi dalam kesebelasan utama.
“United lebih baik tanpa Ronaldo. Mereka boleh menjaringkan gol, mampu mencatat kemenangan dan secara keseluruhan lebih positid tanpa beliau.
“Pada saya, Erik ten Hag tidak mempunyai pilihan lain. Ronaldo tidak menghormati kelab, ini kali kedua beliau meninggalkan rakan sepasukan. Ianya tidak boleh diterima.
“Jika kamu diberi pilihan untuk memilih Ronaldo atau tidak, masalah utama ketika beliau bukan lagi pemain yang hebat seperti dahulu. United lebih bagus tanpa kelibat dirinya.
“Ten hag pastinya mengetahui perkara tersebut sebagai seorang pengurus apabila melihat situasi tersebut yang sedang berlaku.
“Jadi apa saya boleh beri nasihat, Ronaldo dan kelab sudah boleh membincangkan mengenai masa depan masing-masing supaya kedua hubungan ini dapat terlerai.
“Ronaldo terlalu bagus sebagai pemain bola sepak. Terlalu hebat dari segi sikap dan perwatakan, dan kelab perlu terus memandang ke depan tanpanya,” jelas Neville dengan panjang lebar menerusi Sport Bible.
Salah satu pasukan yang mungkin boleh menjadi destinasi Ronaldo selepas ini ialah Chelsea, setelah pemilik kelab iaitu Todd Boehly sangat berminat akan pemain tersebut.
🚨 Chelsea are interested in making a January move for Cristiano Ronaldo, who is prepared to take a pay cut to move away from Manchester United.
(Source: Sunday World) pic.twitter.com/P3DAX9nzEp
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 23, 2022
Cuma sebelum itu impian tersebut tidak dapat direalisasikan kerana bekas pengurus iaitu Thomas Tuchel tidak bersetuju akan idea tersebut.
Namun kini dengan kehadiran Graham Potter, impian tersebut mungkin terlaksana dengan Ronaldo berkemungkinan mencipta kejutan bersama Chelsea.