Dollah Salleh boleh sedikit tersenyum walaupun Sri Pahang FC tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana ada sinar kebangkitan dipamerkan oleh pemainnya.
Walaupun tewas, Sri Pahang menurutnya bermain lebih baik berbanding beberapa perlawanan terdahulu dan kekalahan yang sudah dijangka ini tidaklah seteruk mana jika dilihat dengan barisan pemain yang dimiliki mereka pada musim ini.
JDT membuka jaringan gol pada minit ke-23 menerusi jaringan Leandro Velazquez sebelum jaringan kedua mereka hanya hadir semula di penghujung aksi menerusi sentuhan Bergson da Silva. Itupun selepas tuan rumah leka mengasak pelawat.
Jentera serangan juga tampaknya lebih bernyawa dengan sentuhan pemain tempatan iaitu Abdul Malik Mat Arif walaupun hanya seketika. Jelas Dollah Salleh, pemain itu masih belum dapat turun lebih lama disebabkan masalah yang mengganggunya.
Desas Desus Tagih Anak Jati, Abdul Malik Mat Arif Kembali Ke Pahang? https://t.co/OZ4SOVO1hY pic.twitter.com/TmrRfpNYsm
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 29, 2020
Kemasukkannya memperlihatkan Sri Pahang lebih mampu mengasak JDT dan boleh dikatakan jika tidak kerana layangan kad merah kepada Ezanie Mat Salleh, mereka boleh mendapat sesuatu daripada juara tujuh kali Liga Super itu, malam tadi.
Ungkap Dollah Salleh dalam sidang media, “Apa pun saya berbangga dengan Malik. Setelah sekian lama tidak beraksi dan baru dua hari datang bersama pasukan selepas mengalami sakit yang misteri, nampak berlaku perubahan kepada pasukan.”
“Dia minta kepada saya, kalau boleh 10 hingga 15 minit sahaja [bermain]. Tetapi saya cakap yang saya hendak gunakannya untuk setengah jam. Kemasukkannya memberi perbezaan di bahagian serangan,” ulas pengendali Sri Pahang itu lebih lanjut.
“Jadi, saya berharap dengan adanya Malik dan Nur Izzat nanti, akan berlaku perubahan kepada pasukan,” jelasnya lagi sambil turut memberi gambaran yang berdepan Penang FC pada minggu depan mungkin akan menjadi titik kebangkitan Sri Pahang.
Sri Pahang Hadapi Cabaran JDT Tanpa Khidmat Herold Goulonhttps://t.co/M8qPvtda7X
— VOCKET FC (@vocketfc) April 15, 2021
“InsyaAllah. Saya rasa dengan kemasukkan semula Herold Goulon yang mengalami kekejangan otot, saya boleh pastikan kita akan tampil dengan lebih mantap berdepan Penang nanti,” tegas Dollah Salleh mengenai kebangkitan pemainnya nanti.
Sri Pahang akan bertemu Penang di Stadium Bandaraya pada Sabtu depan dan jika benar skuad Tok Gajah sudah hampir menemui penawar untuk pulihkan pasukan mereka, sememangnya Penang seharusnya lebih berhati-hati bertemu mereka.
Dollah Salleh mengiktiraf kebangkitan skuad Harimau Kumbang pada musim ini, namun ujarnya, “Saya tengok banyak keputusan memihak kepada Penang, tetapi saya percaya perlawanan dengan Penang nanti kita membuat sesuatu.”
Sudah lima perlawanan berturut-turut skuad Tok Gajah gagal mengutip kemenangan dan ketika ini mereka menghuni kedudukan ke-11 liga dengan mengumpul lima mata.
KREDIT FEATURED IMAGE: SRI PAHANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Dollah Salleh dan Sri Pahang FC:
Kalah Lagi, Sri Pahang Disaran Buat Shif Penggiliran Dollah dan Dooley
Dollah Salleh Akui Sri Pahang Kian Hilang Keyakinan, Ketandusan Penyerang
Thomas Dooley Dedah Pengurusan Sri Pahang Arah Supaya Jauhi Pasukan