Kenapa Chelsea Perlu Jual Pemain Bernilai £57 Juta Itu Dan Dapatkan Declan Rice

declan rice chelsea west ham

Menurut laporan The Telegraph, Chelsea terbuka dengan sebarang tawaran untuk Jorginho dalam usaha membawa masuk pemain West Ham, Declan Rice.

Selepas memecat Maurizio Sarri, Juventus dikatakan sudah tidak berminat untuk menerbangkan Jorginho ke Itali dengan pengendali baharu, Andrea Pirlo dikatakan mengalih perhatian kepada bintang meningkat naik di Brescia, Sandro Tonali.

Hilang sentuhan selepas Restart

Jadi, mengapa pengendali The Blues, Frank Lampard perlu berusaha keras untuk melepaskan Jorginho? Chelsea memang berminat dengan Declan Rice. Menurut The Chelsea Chronicle, West Ham pula meletakkan tanda harga £65 juta untuknya.

Jorginho dibeli oleh Chelsea pada musim 2018 dengan harga £57 juta dan ia musim yang sukar buatnya sebelum menjadi tulang belakang pasukan, separuh musim 2019/20 di bawah kendalian Lampard. Namun, segalanya berubah sejak Restart.

Pemain tengah itu lebih banyak berada di bangku simpanan dan Lampard, samaada secara sengaja ataupun tidak, tidak menyebut namanya ketika menyatakan pemain-pemain di jentera tengah Chelsea. Jadi, bagaimana hubungan antara mereka?

Kecederaan N’Golo Kante memberinya semula peluang bermain tetapi kekurangannya dari segi kepantasan, kekuatan dan kurang berkesan untuk melindungi benteng seperti ketika The Blues tewas 3-5 kepada Liverpool dan 0-3 kepada Sheffield United.

Perubahan segar di pertahanan

Ya, Declan Rice kini bukanlah pemain pertahanan. Tetapi, kemasukkannya boleh membantu benteng kerana beliau pemain tengah bertahan. Lampard memerlukan pendekatan segar untuk melindungi barisan bentengnya, jika kehilangan Kante.

Chelsea telah melepaskan 54 gol dalam saingan Premier League musim lalu – terburuk sejak musim 1996/97. Ia bukanlah mengejutkan yang Lampard sedang mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Jorginho dilihat gagal membantu.

Sebaliknya, Declan Rice bersama West Ham sangat cemerlang. Di tengah, beliau merekodkan 90 peratus bentesan dan pintasan bola serta 86 peratus untuk hantaran yang berjaya. Biarpun bertukar pengendali, beliau tetap menjadi pemain utama.

Menurut talkSPORT, Lampard mahu menukarnya untuk bermain di posisi pertahanan tengah. Dengan ketinggian mencapai 1.85 meter, ketangkasannya menangkis hantaran lawan serta bentesan yang baik selain merupakan asalnya seorang pertahanan.

Usia Jorginho berbanding Declan Rice

Berusia 21 tahun, Declan Rice masih ada banyak ruang untuk berkembang. Dan jika Lampard mahu menggunakannya di benteng, ia masih posisi yang beliau tidak janggal untuk bermain. Di jentera tengah Chelsea, terlalu ramai pesaing buatnya.

Berusia 29 tahun pula, Jorginho masih ada peluang untuk menarik perhatian kelab lain untuk dijual. Korbankannya untuk membawa masuk pemain muda dilihat langkah yang bijak. Dan jika pemain England itu untuk posisi benteng, ia sangat berbaloi.

Declan Rice mula menjengah ke skuad utama West Ham ketika di bawah kendalian David Moyes sebagai pertahanan tengah sebelum ditukar menjadi pemain tengah bertahan oleh Manuel Pellegrini. Beliau mampu bermain di kedua-dua posisi.

Moyes pernah berkata, “Tidak disangkal yang Declan merupakan pemain pertahanan tengah terbaik saya dan juga pemain tengah. Jadi, kami harus melihat dan mencuba, siapa yang sesuai dan bersedia dan gunakannya sebaik yang kami mampu.”

Penutup

Boleh bermain di dua posisi penting buat Chelsea dan merupakan pemain muda yang memiliki kaps antarabangsa, ia mungkin pembelian yang berbaloi buat Frank Lampard. The Blues sudah agak lama kehilangan ‘suara’ dan ketua di benteng.

Jika penjualan Jorginho dapat diselesaikan secepatnya, Chelsea dapat memberi lebih fokus kepada pemburuan pemain di benteng dengan dana yang didapati tersebut.

KREDIT FEATURED IMAGE: CHELSEA NEWS

Baca lagi artikel mengenai Declan Rice dan Jorginho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN