VIDEO: Manuel Pellegrini Percaya Declan Rice Bakal Jadi Pemain Terkenal Di Dunia

Pemain muda, Declan Rice muncul wira The Hammers pada perlawanan ke-22 Liga Perdana Inggeris selepas jaringan tunggal beliau menghadiahkan tiga mata penuh buat West Ham United untuk menumbangkan Arsenal 1-0 di London Stadium, malam tadi.

Jaringan tersebut terhasil selepas Rice menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti sehingga membuatkan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno terpaku melihat bola membolosi gawangnya.

Lebih menarik, bekas pemain Arsenal yang kini menyertai West Ham United, Samir Nasri melakukan bantuan terhadap jaringan yang dihasilkan itu.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 12: Declan Rice of West Ham United celebrates after scoring his team’s first goal during the Premier League match between West Ham United and Arsenal FC at London Stadium on January 12, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Sebagai pemain yang baru berusia 19 tahun, keupayaannya menjaringkan gol bertemu pasukan seperti Arsenal adalah sesuatu yang istimewa buat beliau.

Bagi pengendali West Ham United, Manuel Pellegrini, beliau melihat Declan Rice mampu untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal pada satu masa nanti.

Berikut adalah komen beliau selepas perlawanan yang meletakkan West Ham United kini menghuni tangga ke-9 dengan mengumpul 31 mata.

Leave a Reply