‘Lebih baik diam sahaja’ adalah balasan ciapan Arif Aiman Hanapi terhadap ciapan pemain KL City FC, Giancarlo Gallifuoco di Twitter tentang JDT.
Tidak dinafikan, Arif Aiman Hanapi adalah bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi perlukah beliau membuat respon sebegini di Twitter?
Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco membuat ciapan di Twitternya tentang JDT yang mungkin berkaitan tentang aksi final Piala Malaysia.
Ciapnya yang telah mendapat lebih 60 ciapan semula di Twitter, “Jelas, JDT memiliki skuad berkualiti dengan pemain-pemain yang sangat berkualiti. Tetapi, jumlah mereka melakukan ‘dive’ sejujurnya layak untuk ke Olimpik.”
https://twitter.com/giange94/status/1596520117139296257
JDT menumbangkan Selangor FC dengan keputusan 2-1 seterusnya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga dalam lima percubaan.
Mereka menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada edisi 2017, 2019 dan 2022, sementara telah muncul naib juara pada edisi 2014 dan 2021.
Kejayaan semalam adalah yang terbaik apabila mereka melengkapkan semua kejuaraan domestik sekaligus dalam semusim Liga Malaysia.
Mungkin ciapan Gallifuoco dilihat agak keterlaluan sebagaimana balasan komen yang diberikan oleh Scott Ollerenshaw terhadap ciapannya.
Menurut bekas pemain Sabah dan Negeri Sembilan itu, lebih baik pemain berusia 28 tahun itu mendiamkan diri daripada membuat kenyataan.
https://twitter.com/Scotollerenshaw/status/1596783939846561792
“Anda sepatutnya bersyukur dapat cari makan di sini [Malaysia] selepas tidak dapat melakukannya di Australia,” ciapan Ollerenshaw terhadapnya.
Menurut Ollerenshaw lanjut, komen sebegitu tidak wajar dikeluarkan terhadap pasukan yang sentiasa memenangi trofi termasuklah beraksi di AFC Champions League (ACL) serta membantu pasukan lain ke Asia.
Terdapat banyak reaksi negatif terhadap ciapannya itu sehingga kini. Ada yang berada di belakangnya, tetapi dapat dilihat ramai yang mengkritiknya.
Mungkin Gallifuoco hanya bergurau dengan melihat gaya penulisannya itu? Tetapi, ia juga boleh dilihat seperti sinis mengkritik pemain-pemain JDT.
Dan, adakah balasan komen daripada Arif Aiman juga adalah secara santai dan berbentuk gurauan. Ciap Arif kepadanya, “Lebih baik diam sahaja, bro.”
Malah, Arif turut menyertakan emoji ‘shhh..’ yang dilihat menjadi simbolik digunakan oleh JDT sejak menjulang kejuaraan Piala Malaysia malam tadi.
Mungkin apa yang cuba disampaikan kepada pengkritik supaya senyap dan cuba buktikan mereka boleh mencabar berbanding bercakap kosong.
Ia selari dengan Insta Story yang dimuat naik oleh pemilik pasukan, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mencabar mana-mana pasukan boleh mencalarkan rekod yang dilakar mereka pada musim ini – tidak tewas semua kejohanan domestik yang disertai.
Shhh…#TotalDomination#Unbeaten2022#Unprecedented pic.twitter.com/OwTOdAk6O6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 26, 2022