Manchester City (Man City) mencatatkan kemenangan sensasi 4-1 ke atas Liverpool dalam aksi Premier League di Stadium Etihad.
Tampil tanpa kelibat penyerang berbisa mereka, Erling Haaland, Man City dilihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengetepikan cabaran bekas Juara Eropah sebanyak enam kali tersebut.
Kemenangan Man City dalam perlawanan ini banyak didorong oleh struktur serangan mereka yang berasaskan struktur 3-2-2-3, atau boleh juga disebut sebagai 3-box-3.
Gambar di atas boleh dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menggambarkan struktur yang diaplikasikan oleh Man City dalam perlawanan ini.
Setiap kali memperoleh penguasaan bola, Man City menyusun organisasi serangan mereka dengan struktur ‘3-2’, di mana John Stones akan bergerak ke atas untuk membentuk ‘double pivot’ bersama Rodri.
Kunci kepada ‘fluidity’ permainan mereka adalah kerana ‘kejahatan’ Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan yang memainkan peranan sebagai ‘double 10’ serta aktif memanipulasi ‘second pressing lines’ pasukan Liverpool yang bertahan secara ‘mid-blocks 4-4-2’.
Mobility yang ditawarkan mereka kerap menghasilkan provokasi ke atas pemain lawan untuk keluar daripada posisi bertahan mereka, sekali gus membuka ruang untuk dieksploitasi oleh rakan sepasukan yang lain.
Pendekatan taktikal ini menjadi tema permainan Man City dalam perlawanan ini, dan gerakan yang membawa kepada jaringan gol penyamaan mereka mampu menjadi justifikasi kepada keberkesanan taktikal ini.
Gandingan De Bruyne dan Gundogan sebagai ‘double 10’ pasukan.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Man City mengatur serangan mereka dengan struktur ‘3-2-2-3’.
Struktur ini kerap membantu pasukan Man City untuk menemui opsyen hantaran di bahagian tengah, dan ianya banyak dibantu oleh kualiti pergerakan pemain, terutamanya menerusi Kevin De Bruyne.
Pemain tengah Belgium ini kerap menghasilkan provokasi ke atas pemain lawan untuk keluar daripada posisi bertahan mereka untuk segera memberikan tekanan.
Menerusi gambar di atas, De Bruyne (dalam bulatan) ‘drop deeper’ ketika Ruben Dias melakukan hantaran kepada Manuel Akanji.
Situasi ini menimbulkan dilema buat pemain pertahanan Liverpool, iaitu Andrew Robertson sama ada memilih untuk kekal di posisi bertahannya, atau pun segera keluar bagi mengenakan tekanan kepada De Bruyne yang bakal menerima hantaran bola.
Pemain kebangsaan Scotland tersebut memilih untuk keluar dan memberikan tekanan kepada De Bruyne.
Tindakan ini membuka ruang yang besar di belakang Robertson, dan De Bruyne melakukan hantaran ‘flick’ sekaligus menemui Riyad Mahrez yang kini memperoleh jurang luas di hadapannya.
Mahrez kemudiannya menyerang ruang tersebut dengan menggunakan kepantasan serta kualiti gelecekan yang dimilikinya, sebelum melakukan ‘inverting’ untuk masuk ke ruang tengah. Man City turut mencipta situasi 3 lawan 2 di bahagian ‘far side’ ketika Mahrez memperoleh penguasaan bola.
Mahrez kemudiannya melepskan hantaran kepada Gundogan.
Yang kemudiannya melebarkan hantaran kepada Jack Grealish. Hantaran ini turut mengakibatkan tindakan susulan daripada pemain pertahanan kanan Liverpool, iaitu Trent Alexander-arnold yang keluar dari posisi asalnya untuk mengenakan tindakan kepada Grealish.
Situasi ini membuka ruang yang besar buat penyerang Man City, Julian Alvarez.
Ia sekali gus membantu pemenang Piala Dunia ini untuk menjaringkan gol penyamaan di minit ke-27 perlawanan.
Persembahan secara kolektif
Meskipun turun tanpa penyerang berbisa mereka iaitu Haaland, Man City dilihat tidak ‘merindui’ kelibat penyerang tegap daripada Norway tersebut apabila mempamerkan permainan secara kolektif dalam usaha mereka untuk merobek kubu pertahanan lawan.
Kekalahan ini meletakkan Liverpool kini di tangga ke lapan liga, sekali gus semakin menyukarkan mereka dalam misi untuk layak ke saingan UEFA Europa League musim hadapan