Kenali Szymon Marciniak, ‘Abang Botak’ Poland Yang Bakal Mengadili Final Piala Dunia 2022

Pengadil Poland Szymon Marciniak Final Piala Dunia 2022

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah mengesahkan nama Szymon Marciniak sebagai  pegawai yang bakal mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di antara Argentina dan Perancis.

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1981 di Plock dan memulakan karier dalam bidang keperngadilan di liga utama Poland pada 2009.

Di atas prestasi yang memberangsangkan, Marciniak tidak menunggu lama untuk ditauliahkan sebagai pengadil FIFA seawal usia 30 tahun pada 2011 dan membuat penampilan pertamanya di Liga Europa (UEL) pada tahun yang sama.

Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan untuk mengadili aksi kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Portugal dan Azerbaijan. Euro 2016 menjadi kejohanan besar pertama dalam kariernya dan terus diberi kepercayaan untuk Piala Dunia 2018.

Beliau turut dipilih sebagai pengadil utama bagi perlawanan Piala Super UEFA 2018 di antara Real Madrid dan Atletico Madrid.

Reputasi pengadil berusia 41 tahun ini jelas terbukti ketika beliau mengadili perlawanan peringkat kumpulan di antara Perancis dan Denmark dan turut cemerlang ketika aksi pusingan kalah mati yang mempertemukan Argentina dan Australia.

Untuk kedua-dua perlawanan tersebut, beliau telah melayangkan lima kad kuning, tiada sebarang kad merah dan juga penalti.

Sehingga hari ini, Marciniak tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi dalam mana-mana perlawanan besar yang diadili olehnya.

Lionel Messi kini sedang mengintai untuk meraih gelaran Piala Dunia pertama buat dirinya dan ini merupakan peluang terakhir buat pemain berusia 35 tahun tersebut.

Bagaimanapun lawan Argentina bukanlah calang-calang. Perancis mempunyai barisan pemain yang cukup ampuh diketuai Kylian Mbappe yang juga rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG).

Pada usia 23 tahun, Mbappe juga berpeluang untuk muncul juara dua kali berturut-turut untuk menyamai pencapaian legenda Brazil Pele yang melakukannya pada usia 21 tahun.

Kedua-dua negara ini hanya 90 minit daripada catatan sejarah baharu dan menjadi tugas Marciniak untuk mengadili perlawanan ini dengan sebaiknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN