Perlawanan akhir saingan UEFA Champions League bakal berlangsung awal pagi esok dengan Liverpool akan turun beraksi bertemu Real Madrid.
Ia seolah-olah ulangan semula aksi perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2018 yang lalu, dengan Real Madrid pada ketika itu berjaya tewaskan Liverpool 3-1.
Walau bagaimanapun, memandangkan skuad yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan pada ketika ini merupakan skuad yang berbeza, maka jelas sekali perlawanan pada kali ini akan sangat berbeza.
All eyes on Paris.
It's the Champions League final. pic.twitter.com/aQxPwGNSfb
— B/R Football (@brfootball) May 28, 2022
Perlawanan akhir edisi kali ini akan dilangsungkan di Saint-Denis dan para penyokong kedua-dua pasukan sepertinya sudah tidak sabar menunggu aksi sepak mula perlawanan.
Pelbagai berita dan maklumat berkait perlawanan akhir kali ini yang telah dikongsikan oleh pelbagai pihak dan hari ini mari kita berkenalan dengan pengadil yang akan mengadili aksi perlawanan akhir itu nanti.
Siapa pengadil yang akan mengadili aksi perlawanan akhir antara Liverpool bertemu Real Madrid?
UEFA telah mengesahkan yang Clement Turpin bakal dilantik sebagai pengadil yang akan mengadili aksi perlawanan akhir pada kali ini.
Ia merupakan aksi perlawanan akhir Champions League pertama beliau sebagai pengadil perlawanan.
Walaupun ini mungkin akan jadi pengalaman pertama beliau mengadili perlawanan di tahap tertinggi seperti ini, namun tidak dinafikan yang Turpin sendiri sememangnya sudah banyak pengalaman sepanjang kariernya sebagai pengadil.
Klopp on new pitch at Stade de France: Usually when the pitch looks new, it's good news. This is new since yesterday. Not the best news but we will do a normal session as planned. I saw the refs with their session. The ball drops normal.#LFC https://t.co/y9ql5e1KVr
— Theo Squires (@TheoSquiresECHO) May 27, 2022
Pengadil dari Perancis yang kini berusia 39 tahun itu telah mula berkhidmat di pentas bola sepak antarabangsa sejak dari tahun 2010 lagi.
Turpin turut pernah berkhidmat sebagai pengadil keempat ketika aksi perlawanan akhir pada tahun 2018 yang lalu.
Seperti peminat sedia maklum, baru-baru ini tular berita yang mendakwa para pengadil ketika aksi perlawanan akhir 2018 berpesta selepas tamat perlawanan meraikan kejayaan Real Madrid.
Melihat nama Turpin dipilih sebagai pengadil perlawanan, jelas sekali ia akan sedikit membimbangkan para penyokong Liverpool.
Beliau turut pernah mengadili tujuh perlawanan dalam saingan Champions League sebelum dilantik sebagai pengadil perlawanan akhir pada musim ini.
Turpin sepertinya tiada masalah untuk mengadili aksi perlawanan akhir yang besar seperti ini dek kerana beliau pernah menjadi pengadil dalam saingan UEFA Europa League tahun lalu.
Beliau merupakan pengadil yang mengadili aksi perlawanan akhir Europa League antara Manchester United bertemu Villarreal musim lalu.
Turpin turut dianggap sebagai antara pengadil terbaik dalam saingan Ligue 1, dan beliau pernah dinobatkan anugerah pengadil terbaik Perancis oleh Persatuan Bola Sepak Perancis pada tahun 2016 yang lalu.
🗣️ "Liverpool will hope Turpin doesn't fall for any Real theatrics on Saturday night."https://t.co/eiQeBCSQef
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) May 28, 2022
Sepanjang musim ini, dari semua perlawanan yang telah beliau adili, Turpin telah melayangkan 118 kad kuning dan 10 kad merah.
Jelas sekali para pemain kedua-dua pasukan perlu lebih berhati-hati kerana Turpin sebenarnya seorang pengadil yang pemurah dengan kad amaran.
Pada aksi perlawanan akhir, Turpin akan dibantu oleh rakan senegaranya, Nicolas Danos dan Cyril Gringore juga bersama Benoit Bastien yang akan bertugas sebagai pengadil keempat.
VAR pula akan diuruskan oleh barisan pengadil Perancis yang dibarisi oleh, Jerome Brisad, Willy Delajod dan kedua-dua mereka akan dibantu oleh duo pengadil Itali, Massimiliano Irrati dan Filippo Meli.
39-year-old 🇫🇷 Frenchman Clément Turpin will officiate the #UCLfinal between Liverpool and Real Madrid.
He was in charge when Villarreal beat Man Utd in the Europa final last year. #3Sports pic.twitter.com/QPULW5jU3l
— Juliet Bawuah (@julietbawuah) May 27, 2022
Pengadil: Clément Turpin (Perancis)
Pembantu: Nicolas Danos, Cyril Gringore (kedua-dua Perancis)
Pengadil keempat: Benoît Bastien (Perancis)
VAR: Jérôme Brisard (Perancis)
Pembantu VAR: Willy Delajod (Perancis), Massimiliano Irrati (Itali), Filippo Meli (Itali).