Pemain berketurunan Yaman dan dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi ini menjadi rebutan beberapa kelab utama eropah seperti Manchester City, Arsenal dan Barcelona selepas beliau mempamerkan aksi menarik di Sukan Olimpik London. Omar pernah diletakkan sebagai pemain #1 oleh ESPN dalam senarai Top Ten Asian Player of 2012. FIFA pula menyenaraikan nama beliau sebagai pemain bintang yang bakal menyerlah.
Omar Abdulrahman ataupun dikenali sebagai Amoory lahir pada 20 September 1991. Pemilik jersi no 10 di kelab Al Ain dan pasukan kebangsaan UAE ini selesa di letakkan di posisi advance playmaker dan kadang-kala digunakan sebagai pemin sayap.
Dari Arab Saudi ke UAE
Bakat beliau dikesan oleh Abdulrahman Eissa, seorang pencari bakat yang terlihat beliau sedang bermain di taman Al Malaz yang berdekatan dengan stadium putera Faisal bin Fahd. Kagum dengan bakat Omar, Abdulrahman pantas mendekati beliau dan bertanya beberapa soalan. Apa yang menarik perhatian Abdulrahman ialah Omar tidak menyertai mana-mana kelab dan Omar juga tidak mempunyai kerakyatan Arab Saudi. Pertemuan antara Abdulrahman dan Omar merupakan antara momen paling signifikan dalam kerjaya Omar sebagai pemain bolasepak.
Omar menjalani sesi pemilihan bersama kelab Al Hilal (Arab Saudi) dan Al Hilal menawarkan kontrak dan kerakyatan Arab Saudi pada beliau. Bapanya menolak tawaran tersebut kerana kerakyatan Arab Saudi hanya ditawarkan kepada Omar sahaja dan bukannya pada seluruh keluarga beliau.
Kelab yang berpangkalan di UAE, Al Ain yang sedang mencari bakat muda telah berhubung dengan Abdulrahman Eissa mengenai bakat muda yang boleh diketengahkan. Abdulrahman memperkenalkan Omar kepada kelab Al Ain. Al Ain tanpa berlengah membawa masuk Omar ke akademi mereka dan memberi kerakyatan UAE kepada seluruh ahli keluarga Omar.
Debut
Debut rasmi Omar bersama Al Ain ialah pada 29 januari 2009 ketika menentang Al Ahli di Piala Etisalat. Beliau di bawa ke pasukan utama Al Ain oleh jurulatih Winfried Schafer selepas melihat aksi Omar di kejohanan antarabangsa Al Ain bawah 17 tahun. Omar mula memakai jersi no 10 pada musim 2010 selepas Jorge Valdivia meninggalkan Al Ain untuk menyertai Palmeiras.
Baca: 10 Pemain Wonderkid Eropah Yang Perlu Anda Tahu
Video semasa sesi latihan Piala Asia pasukan UAE.
Bakat Omar mula dikenali oleh dunia selepas beliau mempamerkan aksi menarik di Sukan Olimpik London dan membantu UAE memenangi Piala Negara Teluk. Omar menjalani sesi percubaan selama 2 minggu bersama Manchester City pada 6 Ogos 2012. Manchester City dikhabarkan menawarkan kontrak selama 4 tahun kepada Omar menurut jurulatih Al Ain, Cosmin Olaroiu. Walaubagaimanapun, tawaran tersebut gagal dilaksanakan kerana masalah permit kerja dan isu ranking pasukan UAE yang tidak menepati piawaian Liga Perdana Inggeris.
Piala Asia 2015
Pasukan UAE terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas 2-0 kepada Australia. Aksi Omar sepanjang Piala Asia 2015 menjadi bualan media dan beliau antara yang tersenarai sebagai pemain terbaik kejohanan. Bagi kami di semuanyabola.com, ada 2 momen terbaik beliau di Piala Asia ini :
1)Panenka style penalti beliau yang persis Zidane Zidane & Andrea Pirlo. Oh ya, jaringan ini dilakukan semasa aksi suku akhir antara Jepun dan UAE.
https://www.youtube.com/watch?v=YdXVEfRX2l8
2) Lorongan beliau yang membantu menghasilkan jaringan terpantas dalam sejarah Piala Asia.
https://www.youtube.com/watch?v=92follEsmC0
Baca juga: Wonderkid Chelsea & Everton Yang Kian Menyerlah
Kredit featured image : gettyimages
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.