Quantcast

BERITA

Wonderkid Chelsea vs Everton: Kurt Zouma vs John Stones

Ini adalah antara topik yang paling kami suka, iaitu Semuanya Wonderkid.
Kami amat berminat membincangkan topik ini kerana terdapat beberapa pemain istimewa dalam dunia bola sepak yang begitu matang corak permainan mereka tetapi masih berumur bawah 23 tahun.

Kalau sesiapa mengikuti pertemuan antara Everton dan Chelsea pada hari Rabu, 11 Februari  mungkin ada yang perasan terdapat 2 pertahanan tengah (CB) muda bergandingan dengan pertahanan tengah berpergalaman luas dari pasukan masing-masing bagi membentuk satu tembok kebal.

Kurt Zouma bergandingan bersama John Terry, manakala John Stones pula bersama Phil Jagielka untuk Everton. Untuk pengetahuan, Kurt Zouma dan John Stones baru berumur 20 tahun tetapi sudah mampu menggalas tugas bermain untuk kelab bola sepak antara yang terbaik di dunia.

Jadi, apa kelebihan kedua-dua pemain ini ?

Profil

Zouma

Kurt Zouma

Nama sebenarnya beliau ialah Kurt Happy Zouma, seorang Muslim dan lahir pada 27 Oktober 1994 di Lyon, Perancis. Mula mewakili Perancis sekitar tahun 2010 untuk pasukan bawah 16 tahun, Kurt Zouma meneruskan kecemerlangan dengan menjadi pilihan utama untuk skuad remaja Perancis bawah 17, bawah 19, bawah 20 dan bawah 21.

Mula bermain untuk Saint-Etienne ketika berumur 16 tahun dan dilabelkan sebagai antara 10 pemain remaja terbaik di Eropah oleh laman web The Guardian pada awal tahun 2014. Chelsea berjaya mendapatkan tandatangan beliau dengan harga 12 juta pound dengan kontrak selama 5 tahun setengah.

 

John Stones

John Stones

Lahir pada 28 Mei 1994, Stones merupakan produk daripada akademi Barnsley yang juga merupakan tempat kelahiran beliau. Seperti Zouma, pada 2013 Stones ditawarkan kontrak selama 5 tahun setengah untuk bermain bersama Everton dengan yuran perpindahan sekitar 3 juta pound.

Bagi kami, harga ini cukup berbaloi kerana kebiasanya pemain-pemain yang lahir di England terkenal dengan yuran perpindahan terlalu mahal atau ‘overprice’. Membuat penampilan sulung di liga perdana Inggeris (EPL) bersama Everton mengantikan Steven Naismith dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea.

Keistimewaan

Kurt Zouma

Mempunyai ketinggian 1.90m serta susuk tubuh tegap yang pasti menghadirkan gerun kepada mana-mana penyerang yang berhadapan dengan beliau. Corak pertahanan Kurt Zouma lebih kepada menggunakan kekuatan fizikal.

Walaubagaimanapun EPL terdiri daripada pelbagai jenis pemain serta teknik tersendiri. Ada yang laju seperti Raheem Sterling, licik seperti Sergio Aguero dan juga mempunyai kekuatan fizikal seperti Romelu Lukaku.

Akan tetapi bagi ketiga-tiga perlawanan menentang pemain-pemain ini Zouma beraksi amat cemerlang sekali. Andainya pemain lawan berjaya lepas, beliau cepat untuk recover bagi menutup ruang-ruang yang ditinggalkan.

Lihat video di bawah, Lukaku berjaya melepasi kawalan ketat Zouma dan Zouma hampir terjatuh, tetapi beliau dengan pantas mengejar bagi menghalang cubaan dari Lukaku.

Ini menjadikan beliau pemain paling pantas dalam perlawanan tersebut dengan kelajuan 34.13 km/j

http://youtu.be/LFn8GgXrRUw

John Stones

Secara fizikal John Stones merupakan seorang pemain yang agak kurus bagi pertahanan tengah. Akan tetapi dengan ketinggian 1.88m nyata memberikan kelebihan buat pemain ini untuk memenangi perebutan bola tinggi. Untuk perbandingan, tinggi Phil Jagielka ialah 1.83m manakala John Terry ialah 1.87m.

Corak pertahanan John Stones ialah beliau lebih gemar untuk membuat ‘interception’ atau pintasan ketika pemain lawan sedang melakukan hantaran sesama mereka dan ketika lawan sedang membawa bola. Cara yang paling kerap digunakan beliau ialah dengan sliding tackle.

Beliau juga cukup cemerlang dalam membuat ‘blocking’ untuk menghalang ‘goal opportunity’ lawan.

Pertahanan Everton tampak semakin kukuh setelah John Stones kembali pulih dari kecederaan yang memaksa beliau berehat selama 3 bulan. Kekalahan 1-0 Everton kepada Chelsea menamatkan kempen 6 perlawanan berturut-turut tanpa kalah setelah kembalinya Stones dari kecederaan.

Daripada 4 perlawanan terakhir Everton, 3 daripadanya ialah ‘clean sheet’. Kebangkitan John Stones memberikan sinar buat pengurus Everton yang nyata kecewa dengan prestasi old-timer mereka iaitu Sylvain Distin.

Kesimpulan

Berbanding taktikal Manchester United yang gemar melambungkan bola terus ke kawasan lawan, Chelsea dan Everton gemar memulakan serangan melalui pemain pertahanan mereka dan ini memerlukan pemain yang bijak mengawal passing mereka.

Kedua-dua pemain ini agak jarang menghantar bola secara sia-sia ke kawasan lawan tetapi lebih kerap bermain secara passing game walaupun mereka merupakan pemain pertahanan tengah. Tidak ramai pertahanan berani seperti mereka.

Ketenangan amat diperlukan dalam taktikal ini dan bagi kami Kurt Zouma dan John Stones mempunyai kelebihan dalam aspek ini. Jika terus diberikan galakan dan kepercayaan tidak mustahil dalam tempoh 2-3 tahun mereka mampu menjadi antara permain pertahanan terbaik di dunia.

John Stone passing game

Kurt Zouma Passing

Kurt Zouma passing game

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.