Kenali Oman; Lawan Malaysia Yang Dilatih Oleh Bekas Pengurus Juara Ligue 1 Tiga Tahun Berturut-turut

Khamis akan datang akan menyaksikan pasukan kebangsaan kita menentang Oman, negara Teluk yang terkandas dalam peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Asia 2015 di Australia baru-baru ini. Walaupun terkandas dalam peringkat kumpulan, perlu diingat Oman berada dalam kumpulan sama dengan dua finalis kejohanan tersebut – Australia dan Korea Selatan.

Memandangkan tahap minat peminat bola sepak Malaysia terhadap Piala Asia 2015 yang lepas agak rendah (berdasarkan trafik pembaca artikel Piala Asia 2015 kami), kami merasakan tidak ramai yang tahu tentang Oman, lawan Malaysia dalam perlawanan persahabatan nanti.

Apakah yang perlu anda tahu tentang bola sepak Oman?

Walaupun hanya mempunyai populasi sebanyak 3.2 juta (hanya 10% daripada jumlah populasi Malaysia) dan hampir 30% daripadanya adalah imigran, agak mengagumkan sebenarnya pencapaian bola sepak Oman.

Sejak 1988 lagi, Persekutuan Bola Sepak Oman (OFA) sudah menabur duit hasil minyak mereka ke pembangunan peringkat remaja. Hasil pertama pelaburan mereka dapat dilihat selepas skuab bola sepak remaja mereka menduduki tempat ke-4 Piala Dunia Bawah-17 pada 1995 selepas tewas kepada skuad Argentina 2-0 (yang dianggotai Pablo Aimar dan Esteban Cambiasso ketika itu).

Semasa Piala Dunia Bawah-17 pada 1997, mereka melangkah sehingga ke suku akhir.

Komitmen OFA terhadap pembangunan skuad remaja mereka berhasil apabila generasi pemain-pemain remaja mereka membawa Oman ke Piala Asia 2004 buat kali pertama (secara merit).

Kemudian mereka layak ke Piala Asia 2007 sekali lagi.

Dalam setiap kelayakan Piala Dunia, Oman sentiasa layak sekurang-kurangnya ke pusingan ke-3. Hebat bagi sebuah negara kecil yang hanya mempunyai 3 juta penduduk (lebih kurang jumlah populasi Johor).

Siapa ketua jurulatih Oman?

Paul Le Guen paling terkenal menjadi jurulatih yang membawa Olympique Lyonnais menjadi juara Ligue 1 sebanyak 3 kali berturut-turut (2003,2004,2005). Jika anda masih ingat, ketika itu Lyon mempunyai pemain-pemain seperti Michael Essien, Gregory Coupet, Juninho Pernambucano, Florent Malouda, Mohamadou Diarra, Pierre Alain Frau, Sidney Govou dan jangan lupa – Karim Benzema yang masih remaja ketika itu.

Taktikal Oman

Di bawah Paul Le Guen, Oman selalunya bermain dengan formasi 4-4-2 atau 4-2-3-1.

Kekuatan ketara Oman adalah disiplin pertahanan mereka yang cemerlang. Mereka hanya bolos satu gol semasa pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang lepas (dan gol tersebut hadir pada perlawanan penentuan).

Ketika bertahan mereka akan membentuk two banks of four. Dua pemain sayap mereka begitu rapat dengan dua midfield tengah mereka, sehinggakan Oman kelihatan seperti bermain dengan 4 pemain midfield tengah.

Dan, selalunya Oman tidak akan memulakan pressing selagi bola tidak melepasi garisan tengah padang kubu mereka

Oman-defensive-shape

Bagaimanapun semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Asia 2015 menentang Korea Selatan, Oman bermain dengan formasi 5-4-1. Mereka tewas 0-1.

Semasa perlawanan menentang Australia, Oman bermain dengan formasi 5-3-2 pula. Ianya nyata satu kesilapan memandangkan Australia menggunakan formasi 4-2-3-1 dan menyerang melalui pemain sayap mereka. Mereka tewas 0-4 dengan 3 gol dijaringkan pada separuh masa pertama.

Baca: Bagaimana Untuk Mengeksploitasi Kelemahan Formasi 3-5-2/ 5-3-2/ 3-4-3/ 5-4-1

Menentang jiran Teluk mereka, Oman mempamerkan persembahan defensif terulung untuk membawa 3 mata sagu hati apabila menewaskan Kuwait 1-0.

Menentang Malaysia yang berada di tangga 155 ranking dunia, Oman dijangkan akan menggunakan formasi 4-4-2. Apa yang pasti, pemain negara perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana Oman mampu mempamerkan fleksibiliti taktikal yang tinggi. Mereka boleh dan pernah bermain dalam formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 5-4-1 dan 5-3-2.

Dalam 4 formasi yang berbeza-beza ini, satu persamaan yang dipamerkan Oman adalah disiplin dan organisasi mereka tanpa bola.

Ayam tambatan

Produk eksport bola sepak Oman yang terkenal mungkin Ali al-Habsi yang sedang bermain bersama Wigan Athletic di liga ke-2 England tetapi Oman mempunyai seorang penyerang muda yang tajam di hadapan gol; Abdulaziz al-Muqbali.

Abdulaziz al-Muqbali merupakan penyerang Kuwait SC, kelab Kuwait yang kini bertanding di kumpulan D AFC Cup. Dalam 2 perlawanan AFC Cup, beliau sudah menjaringkan 1 gol.

Kekuatan beliau adalah beliau boleh bermain sebagai penyerang tunggal meskipun ketinggannya cuma 1.81 meter. Oman dijangka akan banyak membuat banyak hantaran lintang ke kotak penalti Malaysia dan al-Maqbali tiada masalah untuk bergasak berseorangan dengan dua pertahanan tengah kerana beliau sendiri pandai menyudahkan hantaran lintang.

Tahukah anda?

Ini adalah video bola sepak Oman yang paling viral pada 2013.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber gambar: BeIN Sports, Guardian Football UK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN