Kenali Néstor Pitana, Bintang Filem Yang Menjadi Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia

Dua pasukan yang bakal berentap di perlawanan akhir Piala Dunia 2018 sudah pun diketahui.

Stadium Luzhniki di Moscow akan menjadi medan pertembungan paling epik diantara dua pasukan Eropah iaitu Perancis dan Croatia.

Di sebalik kehangatan menjelang perlawanan akhir ini, dunia bola sepak kini mula terarah kepada individu yang terpenting bakal mengadili perlawanan akhir tersebut.

Semalam, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan pengadil dari Argentina, Néstor Pitana sebagai pengadil perlawanan akhir.

Siapakah beliau ? Jom kita kenali Néstor Pitana, pengadil perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Biodata

BUENOS AIRES, ARGENTINA – APRIL 01: Referee Nestor Pitana gestures during a match between Defensa y Justicia and River Plate as part of Superliga 2017/18 at Norberto Tomaghello Stadium on April 1, 2018 in Florencio Varela, Argentina. (Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

Nama penuh: Néstor Fabián Pitana
Umur: 43 tahun
Tarikh Lahir: 17 Jun 1974
Tempat Lahir: Corpus, Misiones, Argentina
Pekerjaan tetap: Guru Gimnastik
Kerjaya dalam bidang pengadilan : Menerima Lesen pengiktirafan dari FIFA pada 1 Januari 2010
Peringkat tempatan: Argentine Primera División 2010 hingga kini
Peringkatan Antarabangsa: Piala Dunia 2014, Piala Copa América 2015 dan Piala Dunia 2018

Néstor Fabián Pitana merupakan pengadil yang berasal dari Argentina. Lelaki berbadan tegap berusia 43 tahun ini, bukanlah seorang pengadil yang asing di Argentina mahupun di benua Amerika Selatan.

Sejak mendapat pengiktirafan dari FIFA sebagai pengadil profesional pada tahun 2010, Pitana telah ditugaskan untuk mengadili beberapa perlawanan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Di Amerika Selatan, Pitana terkenal sebagai seorang pengadil yang adil, berdedikasi, berwibawa dan bijak mengawal situasi perlawanan.

Chile’s forward Alexis Sanchez (L) argues with Ecuador’s goalkeeper Alexander Dominguez alongside Argentine referee

Sikapnya yang tegas dan adakalanya pandai berseloroh disatu-satu masa membuatkan kelibat beliau diatas padang amat disenangi pemain.

Malah seluruh peminat bolasepak di Amerika Selatan amat menghormati beliau sebagai pengadil yang terbaik pernah didatangkan oleh FIFA dari benua itu.

Buktinya, beliau pernah diberi tanggunjawab oleh Badan Induk Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) sebagai pengadil utama untuk mengadili dua kali perlawanan akhir Copa Libertadores iaitu pada tahun 2013 dan 2016.

Di kejohanan Piala Dunia, Pitana pernah ditugaskan untuk menjadi pengadil pada tahun 2014 ketika kejohanan tersebut diadakan di Brazil.

Piala Dunia 2014 merupakan kejohanan pertama beliau di peringkat paling tertinggi. Ketika itu, Pitana telah dtugaskan untuk mengadili tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan satu perlawanan di peringkat suku akhir.

2014 FIFA World Cup – Brazil

17 Jun 2014 : Honduras lwn Switzeland (Kumpulan E)
22 Jun 2014 : Amerika Syarikat lwn Portugal (Kumpulan G)
25 Jun 2014 : Russia  lwn South Korea (Kumpulan H)
04 Julai 2014 : Perancis lwn Jerman ( Suku Akhir )

Sifat kepimpinan yang menyakinkan ditunjukkan beliau semasa Piala Dunia 2014, membuat FIFA sekali lagi menjemput beliau untuk ditugaskan sebagai pengadil bagi edisi 2018.

during the 2018 FIFA World Cup Russia Group A match between Russia and Saudi Arabia at Luzhniki Stadium on June 14, 2018 in Moscow, Russia.

Kali ini, Pitana diberi pengiktirafan oleh FIFA untuk mengadili perlawanan pembukaan kejohanan Piala Dunia 2018 diantara tuan rumah, Rusia menentang Arab Saudi.

Selain itu, beliau turut ditugaskan untuk perlawanan kumpulan F yang melibatkan pasukan Mexico menentang Sweden.

Piala Dunia di Rusia telah berjaya menaikkan populariti beliau sebagai pengadil paling berpengaruh pada masa kini.

Beliau turut ditugaskan pada perlawanan pusingan kedua di antara Croatia bertemu Denmark dan perlawanan peringkat suku akhir diantara Perancis dan Uruguay.

FIFA telah memutuskan untuk menamakan Pitana sebagai pengadil pada perlawanan akhir nanti.

Pernah mengadili perlawanan yang melibatkan pasukan Croatia dan juga Perancis di Piala Dunia 2018 sebelum ini, mungkin ianya sebagai salah satu faktor kenapa Néstor Pitana dipilih sebagai individu yang paling layak mengadili perlawanan akhir tersebut.

2018 FIFA World Cup – Russia

14 Jun 2018 : Rusia lwn Arab Saudi (Perlawanan Pembukaan)
27 Jun 2018 : Mexico lwn Sweden (Kumpulan F)
1 Julai 2018 : Croatia lwn Denmark (Pusingan kedua)
06 Julai 2018 : Uruguay lwn Perancis (Suku Akhir)
15 Julai 2018 : Perancis lwn Croatia (Perlawanan Akhir)

Kisah kanak-kanak Pitana dalam dunia bolasepak

Pitana dibesarkan di sebuah kota Corpus, Misiones, Argentina.

Semasa usianya 11 tahun, Pitana menyertai sebuah pasukan akademi bolasepak tempatan (Parcipipaba) di Liga Posadeña de Fútbol divisyen B (Sebuah Liga Komuniti di Argentina)

Di usia 16 tahun, beliau membuat debut pertama sebagai penyerang di kelab tersebut yang mana beliau berjaya dipromosikan ke pasukan senior untuk beraksi di Liga Perdana A.

Kecewa dengan bolasepak, Pitana beralih ke sukan bola keranjang 

Di Argentina, mereka perlu bersaing hebat untuk merebut peluang beraksi dalam sesebuah pasukan bola sepak.

Itulah perkara yang dialami oleh Pitana sehingga menyebabkan beliau berpaling arah untuk menukar kerjaya kepada sukan bola keranjang.


Beliau telah menyertai sebahagian daripada pemilihan Misi sub 18 (pasukan bola keranjang) dalam satu kejohanan yang dimainkan di bandar Gualeguaychú di negeri Entre Ríos, Argentina.

“Atas sebab-sebab tertentu dalam bolasepak, saya meninggalkan sukan itu dan memilih untuk bermain bola keranjang.”

“Saya pergi bermain dalam satu pertandingan belia interprovincial, dan saya masih ingat, pasukan kami berhadapan dengan pasukan negeri Entre Ríos.

“Saya dan rakan bernama Bull Palladino berjaya membantu pasukan menjaringkan gol. Saya masih ingat kenangan diantara kami berdua! “kata Pitana.

Néstor Pitana bintang di kaca tv

Tahukah anda, disebalik raut wajahnya yang tegas, Néstor Pitana pernah dikenali sebagai seorang pelakon di kaca tv tempatan.

Beliau pernah membintangi filem berjudul La Furia (The Fury) yang pernah disiarkan pada tahun 1997.


La Furia merupakan sebuah filem bersiri berunsurkan adegan jenayah yang diarahkan oleh Juan Bautista Stagnaro.

Filem tersebut dibintangi oleh artis terkenal tempatan iaitu Diego Torres dan Laura Novoa.

Dalam filem tersebut, Pitana hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan (penjaga penjara).

“Ada satu babak dalam filem tersebut pengambarannya telah dilakukan di tempat saya (penjara)”

“Saya muncul dalam adegan itu, dimana ketika itu saya bertemu Diego Torres dihadapan pintu penjara.” ujar Pitana dalam satu temubual bersama Radio Parlemo.

Selain itu, Pitana pernah diundang untuk mewawancarakan beberapa rancangan berkaitan bolasepak antaranya terbitan dari Fox Sport semperna kejuaraan Recopa Sudamericana pada tahun 2015 dan siaran CN5 ketika Piala Dunia 2014.


Pitana yang berpengalaman dalam dunia pengadilan sering diundang ke program yang dianjurkan oleh beberapa rancangan televisyen tempatan.

Penampilan pertama sebagai pengadil perlawanan

Pitana mula mencuburi kerjaya sebagai seorang pengadil semasa pengadili perlawanan dalam satu kejohanan diperingkat liga dalam negeri ketika umurnya 32 tahun.

Dia memulakan kerjaya profesionalnya di Liga National B pada 7 Disember 2006 dalam satu perlawanan diantara pasukan Badai menentang Aldosivi.

Kisah percintaan Néstor Pitana dan pasangannya

Pitana berkahwin pada tahun 2013 dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model terkenal bernama, Romina Ortega.


Majlis perkahwinan mereka telah diadakan disebuah kapal yang berlayar sepanjang sungai Paraná.

Kisah cinta mereka bermula selepas Pitana membuat kenyataan secara langsung dalam satu program televisyen swasta sebelum sepak mula perlawanan diantara Racing Club menentang Rosario Central.

Beliau dengan beraninya melamar Romina dihadapan kamera ketika program itu sedang disiarkan.

Sebelum Pitana berkahwin dengan Romina, beliau pernah mempunyai seorang isteri bernama Maria Soledad Acosta. Akan tetapi jodoh mereka tidak bertahan lama selepas kedua-dua pihak membuat keputusan untuk bercerai.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN