2 Kad Merah Dilayangkan Pengadil Dalam Kemenangan JDT Di Darul Aman

Kedah bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudah ditabalkan sebagai juara unifi Liga Super Malaysia untuk musim 2018 di Stadium Darul Aman.

15 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang percubaan bahaya ke arah pintu gol.

Peluang terbaik dapat disaksikan menerusi Gonzalo Cabrera apabila tandukan beliau dari jarak 2 meter langsung tidak menepati sasaran.

Namun beberapa minit kemudian, beliau berjaya juga menjaringkan gol menerusi situasi 1 lawan 1 selepas menewaskan Ramdhan Abdul Hamid.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

JDT melebarkan kedudukan mereka kepada 2-0 menerusi Fernando Marquez selepas beliau menyempurnakan hantaran lintang yang kemas dari Azrif Nasrulhaq dari sebelah kanan.

Barisan pertahanan Kedah nyata rapuh apabila mereka sering saja berjaya ditembusi dengan mudah oleh barisan serangan JDT.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mencari gol.

JDT jelas masih lagi pasukan yang lebih dominan apabila berjaya menguasai bola dan merencana serangan ke arah pintu gol Kedah.

Namun begitu, Kedah telah meningkatkan permainan dan percubaan dari Baddrol Bakhtiar pada minit ke-61 tepat ke arah Farizal Marlias.

JDT terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Corbin Ong dibuang padang apabila mengutip kad kuning kedua.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Beliau menjatuhkan Rizal Ghazali dalam kotak penalti dan peluang menjaringkan penalti dari Paulo Rangel gagal disempurnakan dengan baik.

Perlawanan tertangguh pada minit ke-69 apabila Stadium Darul Aman mengalami masalah lampu limpah.

Perlawanan kemudiannya diteruskan selepas 18 minit tertangguh.

Kedah sekali lagi memperoleh sepakan penalti selepas Rangel dijatuhkan oleh Marcos Antonio.

Sandro Da Silva kemudiannya berjaya menjaringkan gol untuk mengurangkan defisit jaringan kepada 2-1.

Namun sejurus selepas jaringan dihasilkan, pengadil memberikan kad merah kepada Rangel yang melakukan kekasaran terhadap Farizal.

Secara keseluruhannya, JDT jelas pasukan yang lebih dominan apabila menguasai bola dan percubaan dalam perlawanan ini.

Kedah perlu menyalahkan diri mereka sendiri apabila mereka gagal menyempurnakan 1 sepakan penalti yang berpotensi memberikan mereka 1 mata.

Keputusan penuh, Kedah 1-2 JDT.

Kesebelasan utama

Kedah: Ramdhan Abdul Hamid (penjaga gol), Syawal Nordin, Alvaro Silva, Norfiqrie Abdul Talib (Hidhir Idris 74′, Baddrol Bakhtiar (ketua pasukan), Paulo Rangel, Sandro Da Silva, Akram Mahinan, Rizal Ghazali (Khairul Helmi 70′), Halim Saari, Andik Vermansah (Syazwan Zainon 64′)

JDT: Farizal Marlias (penjaga gol), Fernando Elazari (Adam Nor Azlin 67′), Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera (Nazmi Faiz 90+4′), Harriss Harun (ketua pasukan), Fernando Marquez, Azrif Nasrulhaq, Corbin Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid (Hazwan Bakri 55′), Natxo Insa

Pegawai perlawanan

Pengadil: Amirul Izwan Yaacob
Penolong pengadil 1: Azanor Huslan Ahmad Zanian
Penolong pengadil 2:
Wan Salman Wan Yusof
Pengadil ke-4:
Munir Izam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN