Bola sepak telah berevolusi sejak ia mula dimainkan pada kurun ke-18 lagi. Daripada formasi 0-0-11 ketika ia dimainkan di Eropah, bola sepak pada hari ini ibarat pemainan catur, dengan pengurus atau jurulatih sebagai pengatur strategi.
Bola sepak mempunyai banyak formasi. 1-1-8, 2-3-5, 3-2-5, 5-3-2, 4-3-3, 4-4-2, 4-2-3-1 dan macam-macam lagi.
Di sebalik pelbagai formasi yang pernah dilihat di dalam bola sepak, berikut adalah tiga formasi paling digemari oleh pengurus dan kelab-kelab utama dunia.
1. Formasi 4-3-3
Formasi 4-3-3 dianggap sebagai formasi paling radikal di dalam bola sepak. Ini kerana formasi ini mempergunakan tiga pemain penyerang untuk menghasilkan depth (kompak di tengah) dan width (bahagian sayap) ketika serangan.
Formasi 4-3-3 tidaklah sepopular sebelum ini berbanding pada hari ini. Bola Sepak Inggeris misalnya cenderung menggunakan formasi 4-4-2.
Formasi 4-3-3 mengutamakan permainan menyerang. Aspek lain dalam permainan bersandarkan formasi ini adalah perkara kedua.
🔍 Chelsea set up in a 4-3-3 formation with N’Golo Kanté, Mateo Kovacic and Mason Mount in midfield and a front three of Hakim Ziyech, Timo Werner and Christian Pulisic (1/8)#CHEMCI pic.twitter.com/gVTAqzoPbg
— The Coaches' Voice (@CoachesVoice) January 4, 2021
Dalam kata lain pasukan yang memilih menggunakan formasi 4-3-3 adalah pasukan yang giat memburu kemenangan dengan menjaringkan sebanyak gol berbanding yang dihasilkan lawan mereka.
Di dalam sistem 4-3-3 pemain sayap bukan sahaja berfungsi sebagai pengumpan, tetapi juga sebagai penjaring gol.
Begitu juga dengan penyerang utama yang boleh bertindak sebagai No.9 jadian untuk mengelirukan lawan. Ini bermakna ada banyak tactical tweaks boleh dilakukan dengan formasi 4-3-3 di bahagian serangan.
Top 5️⃣ in Europe this season 👇
I just love The Reds front trio ❤ I hope Salah, Firmino & Mane will stay in Liverpool and end their careers at Anfield, i love them all 🥰LIVERPOOL FOREVER !! @LFC @LFC_FAMILY
85 goals in one season ⚽️ pic.twitter.com/ZzQT8wSdhq
— The Red 🔴 Johnsen (@JohnsenStle) July 31, 2020
Pada hari ini formasi 4-3-3 adalah formasi yang menjadi pilihan untuk pasukan yang mahu menampilkan corak permainan menyerang yang menarik.
Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Liverpool, Manchester City dan Ajax adalah antara kelab yang gemar menggunakan formasi ini.
Jurgen Klopp dan Pep Guardiola adalah antara pengurus bola sepak yang cenderung menggunakan formasi ini, walaupun kedua-duanya menampilkan taktikal dan DNA bola sepak berbeza untuk pasukan masing-masing.
2. Formasi 4-2-3-1
Formasi 4-2-3-1 adalah foemasi yang lebih rigid atau dalam kata lain menampilkan permainan yang kurang fluidity kerana kurangnya pergerakan perubahan posisi di kalangan pemain.
Tetapi ia dianggap sebagai formasi yang paling sesuai untuk mana-mana pasukan yang mahu mendominasi jentera tengah.
Jurgen Klopp sekali lagi adalah antara pengamal terbaik formasi 4-2-3-1 ketika masih bersama Borussia Dortmund pada awal 2010.
Pada ketika itu, Klopp menggandingkan Sebastian Kehl bersama Sven Bender di bahagian tengah. Mario Gotze atau kevin Grosskreutz pula akan beraksi sebagai pemain tengah kiri manakala Jakub Blaszczykowski pula di sebelah kanan.
Namun formasi 4-2-3-1 yang diamalkan oleh Klopp hanya menjadi sempurna selepas ketibaan Robert Lewandowski dari Lech Poznan pada 2010. Ini kerana sistem ini banyak bergantung kepada peranan seorang penyerang tunggal.
Penyerang tunggal ini perlu mempunyai kekuatan dan composure yang baik untuk menyimpan bola sebelum pemain serangan lain dari bahagian tengah menyertai gerakan serangan.
Kelebihan utama formasi 4-2-3-1 adalah fleksibiliti yang ia miliki. Jika dipraktikkan dengan betul formasi ini membenarkan sesebuah pasukan menyerap segala tekanan yang diberikan kepada lawan sebelum membalas ia kembali menggunakan serangan balas pantas.
Bayer Leverkusen adalah antara pasukan yang mempraktikkan formasi ini dengan baik sekali pada ketika era Michael Ballack. Manchester United juga dikatakan bangkit di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer kerana berjaya mendalami formasi ini.
3. Formasi 4-4-2
Jika diteliti sebetulnya, formasi 4-42 diamond sebenarnya adalah 4-1-2-1-2 apabila pecahan dilakukan. Dan formasi ini boleh ditampilkan di dalam dua versi: iaitu versi yang kompak di tengah atau versi yang memberikan lebih tekanan di bahagian sayap.
4-4-2 diamond adalah formasi yang memberikan kelebihan kepada pasukan yang memiliki dua penyerang yang memiliki penyudah yang baik – dan mahu menurunkan kedua-dua penyerang secara serentak.
Ia membenarkan sesebuah pasukan mengekalkan formasi mereka di bahagian tengah, dengan pemain tengah menyerang berperanan besar melakukan lorongan kepada dua rakan penyerang.
Barcelona #passmap away at Valladolid. #FCB pic.twitter.com/TCeSahTjo2
— Between The Posts (@BetweenThePosts) July 13, 2020
4-4-2 diamond juga adalah formasi yang sesuai untuk pasukan yang gemar bermain possession-oriented football (berasaskan penguasaan). Ini kerana ia sesuai untuk permainan pantas dengan adunan hantaran pendek.
Di saingan La Liga pada hari ini, Barcelona adalah contoh terbaik kepada corak permainan sebegini di bawah Dernesto Valverde dan Quique Setien.
Luis Suarez dan Antoine Griezmann digandingkan sebagai dua penyerang di hadapan, manakala Lionel Messi beraksi di belakang sebagai pemain tengah menyerang atau di belakang salah seorang daripada pemain penyerang.
Sistem di Barcelona juga boleh berubah dengan Griezmann bergandingan dengan Messi di hadapan sebagai penyerang, manakala Puif mengambil peranan sebagai pemain tengah menyerang – posisi yang amat sinonim sebenarnya dengan Andres Iniesta.
Arturo Vidal atau Puig bersama dengan Ivan Rakitic adalah dua pemain tengah di kiri dan kanan, manakala Sergio Busquet pula bertindak sebagai pemain tengah bertahan.
Bersama-sama dengan empat pemain pertahanan, Barcelona sebenarnya mengaplikasikan 4-1-2-1-2 atau 4-4-2 diamond. Kerana itu 4-4-2 pada hari ini tidak lagi dianggap sebagai formasi ketinggalan zaman yang sinonim dengan ‘route one football’
Ralph Hasenhullt di Southampton misalnya menggunakan sistem 4-4-2 dengan cukup dinamik. Pada fasa bertahan, ia kelihatan seperti formasi biasa dengan dua blok empat pemain untuk tujuan bertahan.
Namun pada fasa menyerang, sistem 4-4-2 Hasenhullt berubah menjadi 2-4-4 untuk mengejutkan lawan dan mematikan sebarang potensi serangan balas khususnya dari pemain sayap lawan.
Penutup
Formasi mana yang anda gemari? Apa yang kita gemari tidak semestinya boleh diaplikasikan di setiap pasukan. Seseorang pengurus perlu melihat kemampuan pemain yang mereka miliki, selain daripada keupayaan keseluruhan pasukan itu sendiri.
Kerana itu sering kali kita melihat pengurus sesebuah pasukan mempunyai sasaran pemain yang spesifik di jendela perpindahan demi memastikan formasi yang disandarkan boleh berjalans seiring dengan taktikal yang mereka terapkan.