Kenali Amad Diallo, ‘Inverted Winger’ Berbakat Besar Yang Perlu Dibangunkan Man United

Manchester United akhirnya telah mengumumkan ketibaan Amad Diallo Traore pada jendela perpindahan Januari ini. Pembelian Amad sememangnya diikuti oleh ramai penyokong setia Manchester United.

The Red Devils sebenarnya sudah memuktamadkan pembelian Amad dari Atalanta pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas lalu, namun terpaksa menunggu sehingga Januari ini untuk mengumumkan pemain tersebut secara rasmi – untuk menyelesaikan masalah berkaitan dokumentasi, visa dan permit kerja.

Amad mungkin bukan nama besar seperti Jadon Sancho atau Jack Grealish seperti yang diharapkan oleh kebanyakkan penyokong United. Namun harga pemain tersebut yang memaksa Man United membayar pendahuluan £19 juta dan baki £18 juta berdasarkan prestasi dan nilai tambah lain cukup menjelaskan mengapa pemain digelar ‘wonder kid’ ini dipandang tnggi.

Sedikit membimbangkan ialah Amad hanya telah beraksi selama 25 minit dalam aksi Serie A selama ini. Jadi siapakah Amad Diallo Traore?

Profail pemain

Amad adalah pemain berusia 18 tahun, dan merupakan seorang pemain sayap yang mempunyai kaki kiri yang dominan. Namun demikian beliau mampu beraksi di kedua-dua bahagian sayap, atau pun sebagai pemain tengah menyerang.

Ini bermakna Amad boleh beraksi di mana-mana tiga posisi di belakang penyerang utama di dalam sistem 4-2-3-1 Ole Gunnar Solksjaer. Bagaimanapun posisi terbaik Amad adalah sebagai seorang pemain sayap kanan.

Mempunyai kaki kiri yang dominan dan menyerlah di posisi sayap kanan, menjadika Amad sebagai seorang ‘inverted winger/ pemain syap songsang.

Berketinggian 5 kaki dan 7 inci, Amad dilihat sebagai pemain yang amat selesa dengan bola di kaki. Sebelum ini beliau berjaya menyumbat 7 gol dan menghasilkan 11 assists dari 24 perlawanan untuk skuad  Atalanta B-19.

Beliau hanya beraksi selama 25 minit di Serie A, namun sudah cukup untuk beliau menjaringkan gol sulung dalam perlawanan kompetitif untuk menjadi pemain pertama yang lahir pada 2002 menjaringkan gol di divisyen utama Itali

Aktif melakukan larian

Pemain menyerang baharu milik Man United ini juga gemar melakukan larian merentas pemain pertahanan lawan dengan kelajuan tinggi. Sepertimana pemain-pemain penyerang lain di dalam skuad United seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood, Anthony Martial dan Daniel James, Amad juga tidak pernah takut untuk berhadapan dengan pemain petahanan lawan.

Dengan adanya Amad, ia memberikan Red Devils lebih banyak pilihan di rangkaian serangan.

Dalam permainan, kelebihan Amad ialah kemampuannya untuk mendapatkan ruang ketika tanpa bola, dan beliau tidak berhenti bergerak untuk memerangkap pertahanan lawan. Lariannya adakalanya memaksa pemain pertahanan meninggalkan posisi sekaligus membuka ruang kepada rakan sepasukan yang lain.

Bagaimana pun Amad belum lagi boleh dianggap sebagai pemain yang sempurna dan masih perlu dibangunkan. Namun kelincahan dan keyakinan yang dimiliki oleh pemain ini sudah cukup untuk membuatkan penyokong United teruja buat masa ini.

Skil, tipu helah & first touch

Mana-mana klip video yang dikongsi di rangkaian media sosial memberikan gambaran mengenai satu perkara. Amad tidak kekok menampilkan skil dan tipu helah miliknya untuk melepasi kawalan pemain pertahanan lawan.

Anda sendiri mungkin sudah menyaksikan sendiri aksi Amad melakukan aksi Marseille Turn,  Cruyff Turn dan beberapa gerakan nutmeg yang mengkagumkan.

Selain itu antara kelebihan Amad adalah kemampuan beliau dalam melakukan sentuhan pertama (first touch) yang setanding dengan pemain-pemain ternama yang lain.

Kapten Atalanta, Papu Gomez pula menyifatkan kelibat Amad seperti Messi.

“Dia adalah bintang masa depan. Percayalah. Ketika latihan, beliau kelihatan seperti Messi! Ia seperti mustahil untuk menyekat beliau.”

Benar. Ia agak keterlaluan untuk menyamakan Amad kepada Messi buat masa sekarang.

Beberapa statistik turut menunjukkan kualiti yang dimiliki pemain kelahiran Ivory Coast itu. Musim lalu beliau merekodkan purata 7 gelecekan untuk 90 minit perlawanan di pertandingan UEFA Youth League dan Campionato Primavera.

Angka itu sudah cukup memberikan gambaran bakat yang dimiliki pemain ini.

Hantaran dan Sepakan/Shooting

Amad adalah seorang pemain yang pantas membuat keputusan ketika aksi di atas padang. Musim lalu secara purata beliau telah mencipta 2.9 peluang untuk setiap 90 minit perlawanan, yang menampilkan kebolehan beliau menembusi pertahanan lawan dengan hantaran-hantaran mengelirukan lawan.

Namun antara kelemahan pemain ini ialah walaupun gemar melakukan percubaan, jarang sekali ianya menepati sasaran. Jelas sekali ia adalah aspek yang harus diperbaiki oleh Ole Gunnar Solksjaer dan barisan kejurulatihan Manchester United.

Latihan secara berkala bersama pemain seperti Rashford, Martial dan Edinson Cavani juga pasti mampu membantu beliau meningkatkan kemampuan menjaringkan gol.

Rumusan

Amad Diallo boleh menjadi aset penting buat Man United jika beroperasi di sebelah sayap kanan. Beliau memiliki kepantasan, tangkas dan tidak takut menewaskan pertahanan lawan.

Sejak beberapa musim lalu, Manchester United sentiasa bermasalah di posisi sayap kanan. Amad Diallo pula dijangka akan terus ke skuad utama kendalian Ole Gunnar Solksjaer.

Adakah Amad Diallo akan menjadi pembelian berbaloi untuk Man United, hanya masa akan menentukannya.

 

Baca artikel lain mengenai Manchester United:

Statistik: Merungkai Jumlah Penalti Kelab-Kelab Premier League Sejak 1992

5 Formula Ole Gunnar Solksjaer ‘Termasuk Rumus Penalti’ Yang Berjaya Bangkitkan Man Utd

Kisah Man Utd Menangani Tabiat Minum Coke & Berguling Seperti Anjing Menjengkelkan Ronaldo

Rahsia Peningkatan Mendadak Man United Pasca Lockdown

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN