Kenali Crawley Town, Kelab England Yang Dibeli Menggunakan NFT

Crawley Town

Semakin hari semakin ketara pembabitan bola sepak dengan mata wang kripto iaitu NFT.

Pada mulanya, ianya kelihatan asing, seperti air dan minyak – mana mungkin bola sepak dan NFT boleh bersatu.

Tetapi, hari demi hari, industri bola sepak telah membuktikan yang mereka boleh bersatu dengan NFT dan memberikan manfaat kepada semua.

Malah, di Malaysia juga ada apabila kelab seperti Selangor dan Johor Daru Ta’zim (JDT) turut memperkenalkan memoribilia mereka yang boleh didapati dalam bentuk NFT.

Tetapi bagi kelab EFL League 2 iaitu Crawley Town, mereka telah menaikkan tahap gabungan bola sepak dan NFT ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tetapi bagaimana mereka melakukannya?

Di Facebook, pakar dalam bidang kewangan kripto iaitu Radzi Tajuddin ada menerangkan mengenainya.

WAGMI United

Semuanya bermula ketika bulan April 2022 dimana sebuah kumpulan pelabur dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai WAGMI United telah berjaya mendapatkan kelab tersebut.

Nama WAGMI United diambil menerusi singkatan ayat We Are All Gonna Make It (Kita Akan Lakukannya) yang sinonim dengan komuniti NFT seluruh dunia.

Menurut Radzi, ketika mereka mengambil alih Crawley, WAGMI United menerusi Prestin Johnson dan Eben Smith telah membeli kelab dan melakukan model pemilikan kelab secara demokrasi berpaksikan NFT.

Caranya? Crawley melakukan apa yang Selangor dan JDT buat iaitu mengeluarkan siri NFT mereka sendiri dengan harganya adalah 0.35 ETH.

Penjualan siri NFT mereka kemudiannya berjaya membantu kelab meraih sebanyak £3 juta! Menurut rekod, sebanyak 9 ribu siri NFT mereka terjual pada harga £355 (RM1878).

“WAGMI United telah mengeluarkan siri NFT mereka sendiri dan dimintkan pada kos 0.35 ETH.

“Lebih 9,000 NFT ini terjual pada harga £355 (RM1878) setiap satu sampaikan mereka berjaya kumpul £3 juta dalam masa hanya beberapa jam sahaja!,” ujar Radzi dalam perkongsiannya di Facebook.

Crawley Town's new owners WAGMI United raised more than £3MILLION after selling their NFT, which allows membership rights and other benefits
Contoh koleksi siri NFT yang dikeluarkan Crawley Town.

Menurut Radzi, Crawley sangat beruntung kerana projek NFT mereka disertai oleh pemain-pemain industri yang terulung GFunk, Gmoney dan Justin Taylor serta ramai lagi.

“Yang powernya projek NFT ini berjaya tarik big names dalam dunia NFT & Web3 sebagai co-owners kelab ni seperti GFunk, Gmoney, Gary Vee, Justin Taylor, Snowfro dan Hunter Orell,” kata Radzi.

Lebih menarik, GFunk merupakan pereka bagi projek NFT jenama sukan adidas.

Ianya sekali gus memberikan manfaat kepada semua pihak dengan adidas sebagai pengeluar jersi Crawley turut bersetuju untuk menyertai projek ini.

Bukan sekadar gambar JPEG

Pemilikan siri NFT Crawley ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada pembelinya dengan mereka menerima banyak manfaat dari segi penglibatan dalam kelab.

Namakan saja, akses kepada sesi latihan pasukan, melawat pejabat jurulatih, dapat cenderamata premium kelab – semuanya mereka akan dapat.

Malah, pemilik siri NFT Crawley turut terlibat dalam menentukan masa depan kelab termasuklah hala tuju keluar masuk duit pasukan.

“Pemegang NFT WAGMI United ni dapat beberapa kelebihan macam hak mengundi dalam menentukan keputusan kelab, cenderamata, konten digital dan pengalaman ekslusif lain bersama kelab.

“Contohnya, mereka boleh tengok sesi latihan pasukan, jenguk bilik ketua jurulatih atau strim dari terowong pemain masa hari perlawanan.

“Mereka juga berkuasa untuk menentukan ke mana dana kelab disalurkan; untuk membeli pemain atau memperbaiki fasiliti stadium, sebagai contoh,” jelas Radzi.

Jelas sekali, Crawley telah menunjukkan yang bola sepak dan NFT boleh bergabung dan diluaskan skopnya.

Bola sepak dan NFT masih lagi ‘setahun jagung’ gabungan antara mereka dan masih lagi banyak perkara yang boleh diteroka.

Tidak terkejut selepas ini pembelian pemain menggunakan NFT akan menjadi sesuatu yang normal selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN