Christian Eriksen harus berterima kasih kepada pasukan medik Denmark, doktor UEFA, kakitangan hospital dan rakan sepasukan yang lain khususnya Simon Kjaer yang berusaha keras menyelamatkan nyawanya.
Bintang Denmark berusia 29 tahun itu sangat hampir dengan kematian menurut pakar jantung yang merawat pemain itu di hospital. Namun tindakan pantas dua adik beradik, dikenali sebagai Morten dan Anders Boesen ketika memberikan rawatan kecemasan di dalam padang menyelamatkan nyawa Eriksen.
Apa berlaku kepada Eriksen?
Ketika perlawanan Eriksen meluru dari kawasan kotak penalti untuk mendapatkan bola lontaran ke dalam rakan sepasukan, sebelum pemain itu rebah menyembah bumi dengan bahagian muka menghadap permukaan padang. Jelas sekali pemain dan pengadil perlawanan, Anthony Taylor menyedari pemain itu menghadapi masalah ketika rebah.
Kapten pasukan Denmark, Simon Kjaer pantas menuju ke lokasi insiden dan pemain itu dipuji kerana tindakan pantas mengelakkan Eriksen tertelan lidah yang boleh mengganggu pernafasan.
Pemain perancang Inter Milan itu menerima rawatan selama 13 minit ketika berada di atas padang – termasuk CPR dan kejutan defibrilator.
How the swift intervention of Simon Kjaer and the medical staff saved Christian Eriksen's life 👇
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 14, 2021
Doktor pasukan Denmark, Morten Boeseon yang bertugas bersama pasukan kebangsaan dan FC Copenhagen kemudian menjelaskan situasi didapatinya:
“Beliau [Eriksen] telah tiada. Dan kemudian kami melakukan resusitasi jantung. Ia adalah serangan jantung. Betapa hampirnya kami [menyelamatkan Eriksen] saya tidak tahu. Kami kembali medapatkannya selepas defibrilator. Ia berlaku amat pantas.
Morten dan Anders Boesen kedua-duanya bertugas bersama FC Copenhagen sebagai doktor perubatan dan menggalas tanggungjwab bersama skuad kebangsaan Denmark sepanjang kejohanan Euro 2020 in.
Siapakah Morten dan Anders Boesen?
Morten dan Anders Boesen sudah lama berkecimpung di dalam bidang perubatan dan bola sepak. Kedua-duanya telah bersama FC Copenhagen, kelab Superliga Denmark sejak 2004 lagi. Namun demikian kedua-duanya hanya menyertai skuad kebangsaan Demnark pada 2019.
Pada masa yang sama, Anders pula bertugas bersama skuad akademi Copenhagen sebagai doktor pakar perubatan. Di Euro 2020, walaupun tidak bertugas secara langsung bersama Denmark, Anders berperanan sebagai doktor yang ditempatkan oleh penganjur di stadium khusus untuk perlawanan Denmark menentang Finland.
The Boesen brothers helped restart Christian Eriksen's heart, after 13 minutes of CPR and one go of the defillibrator, during #DEN's #EURO2020 group stage match against #FIN.
✍️ Shivani Naikhttps://t.co/7mVKk7aA7w
— Express Sports (@IExpressSports) June 14, 2021
Ini menjadikan kedua-dua adik beradik sebagai dua pakar perubatan pertama yang merawat Eriksen pada ketika itu.
Bukan sahaja kedua-dua adik beradik ini berpengetahuan untuk merawat kecederaan pemain bola sepak seperti kecederaan pada kaki seperti kebiasannya, kedua-duanya kini juga telah menyelamatkan nyawa pemain.
Dunia badminton
Menjadi doktor bukanlah karier asal yang mahu dikejar oleh Morten dan Anders Boesen. Sebelum itu kedua-dua doktor ini pernah bergelar pemain badminton handalan dunia – terutamanya Anders.
Dan ia sebenarnya bukan perkara asing bagi pemain badminton di Denmark menukar karier mereka kepada bidang kedoktoran. Peter Rasmussen (bekas juara dunia) , Niels Christian Kaldau, Morten dan Anders Boesen adalah antara yang bergelar doktor perubatan pada hari ini selepas menamakan karier sebagai pemai badminton.
Morten adalah pemain badminton yang lebih senior di dalam skuad Denmark, dan beraksi kebanyakannya di dalam pertandingan perseorangan untuk negaranya. Beliau pernah mewakili negaranya dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Thomas, Piala Sudirman, dan pelbagai pertandingan lain peringkat eropah, tetapi tidak begitu menyerlah seperti adiknya Anders.
Anders juga beraksi di dalam acara perseorangan namun pernah meraih pingat gangsa di dalam Kejohanan Dunia dalam acara beregu yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2015.
Aksi Anders di acara perseorangan pula paling diingati di pertandingan All England 2001. Berjaya mengejutkan Taufik Hidayat di pusingan awal kejohanan, Anders bagaimanapun tersekat di suku akhir kepada pemain India, Pullela Gopichand – yang mengakhiri kejohanan All England sebagai juara perseorangan pada tahun itu.
Eriksen kini stabil
Christian Eriksen akhirnya membuka mulut buat kali pertama selepas rebah di padang akibat mengalami jantung terhenti ketika perlawanan Euro 2020 dengan Finland, Sabtu lalu.
“Terima kasih semua, saya tidak akan mengalah. Saya merasa lebih baik sekarang, tetapi sedang cuba memahami apa yang berlaku. Saya mahu berterima kasih atas apa yang anda semua lakukan untuk saya.”
Christian Eriksen has sent his first public message since his cardiac arrest on Saturday.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 14, 2021
Christian Eriksen tidak akan mengalah. Dia dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua orang. Sudah tentu jasa Morten dan Anders adalah antara yang paling dikenang.
Eriksen kini masih dalam pemerhatian pada Isnin dan mungkin Selasa. Tetapi, dia mahu meraikan rakan sepasukannya dalam perlawanan menentang Belgium nanti.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Kenali “Silent Killer” Yang Menjadi Musuh Pemain Bola Sepak Seperti Christian Eriksen
Wajarkah Pemain Denmark Diminta Teruskan Perlawanan Selepas Kejadian Ngeri Menimpa Eriksen?