Setelah deretan kemenangan dicatat Kedah Darul Aman sebelum ini dalam saingan Liga Super serta Piala FA, akhirnya pasukan tersebut dihukum Selangor pada aksi keempat liga setelah mengalami kekalahan di tangan pasukan itu dengan keputusan 1-4 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Aidil Sharin selaku pengendali utama Kedah jelas mengakui kekalahan tersebut dan menerimanya dengan tangan terbuka setelah melihat kelemahan anak buahnya yang mudah dihukum tuan rumah sehingga mencatat keputusan yang agak teruk di gelanggang lawan.
FT: SELANGOR FC 4-1 KDA FC
⚽ 26' Mukhairi Ajmal SEL
⚽ 35' Caion Souza SEL
⚽ 85' Caion Souza SEL
⚽ 85' Caion Souza SEL
⚽ 90' Fayadh KDA#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS4 #SELKDA pic.twitter.com/PuyDwuIa6t— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 10, 2022
Menurut pengendali dari Singapura itu, segala yang terjadi disebabkan kesilapan individu pemain beliau sendiri yang memberi ruang buat lawan untuk mengambil peluang serta menyebabkan mereka sekadar menggigit jari dengan keputusan tersebut.
Untuk ketika ini, beliau mengharapkan para pemain mampu belajar sesuatu dari kekalahan tersebut dan kembali memberi fokus sepenuhnya dalam sesi latihan bagi perlawanan akan datang menentang Penang di Stadium Bandaraya, Ahad ini selaku pelawat.
“Di babak pertama kami tidak sebaik babak kedua, pertahanan longgar apabila membuat kesilapan individu hingga kehilangan bola dan kami perlu belajar dari itu.
“Tapi bagi saya, separuh masa kedua, kami beraksi lebih baik…pemain beraksi baik dan mencipta lebih banyak peluang dan menguasai aksi.
“Namun dengan ketinggalan 2-0, kami cuba mendapatkan gol (di babak kedua) dan mereka hukum kami dengan gol ketiga dan keempat. Kami kena belajar dan memandang ke depan,” katanya menerusi Arena Metro.
Keputusan perlawanan tersebut menyaksikan empat gol yang dihasilkan oleh tuan rumah menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-26, Herlison Caion pada minit ke-34 dan 86 serta pemain gantian iaitu Nor Hakim Hassan pada minit ke-84. Kedah sekadar memperoleh gol sagu hati menerusi penyerang lincah mereka, Fayadh Zulkifli pada minit ke-92.
90+2' GOL | Fayadh Zulkifli menyudahkan gerakan "1-2" yang menarik untuk gol Kedah Darul Aman FC!@selangorfc 4-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/BlBxwHbqiq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 10, 2022
Dalam aksi tersebut, jelas Kedah beraksi dalam sedikit tekanan apabila diasak bertali arus oleh tuan rumah, Selangor serta tidak mampu mempamerkan aksi cemerlang seperti kebiasaan.
Berbanding dengan aksi anak buah Michael Feichtenbeiner pula, mereka berjaya mempamerkan aksi yang mantap untuk memberi cabaran terbaik buat lawan sebelum mengesahkan kemenangan besar pada aksi tersebut.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!