Suatu masa dahulu atau lebih tepat ketika era Stadium Highbury masih lagi digunakan, Arsenal adalah pasukan yang cukup digeruni oleh mana-mana pasukan Premier League.
Namun kini, Arsenal tidak lagi digeruni oleh pasukan lain di Premier League malah penyokong mereka sendiri turut berasa kecewa dengan prestasi pasukan yang tidak menentu.
Siapa yang perlu disalahkan? Bagi majoriti penyokong Arsenal mereka mahu Arsene Wenger untuk berundur.
Saban musim, kempen #WengerOut sering kedengaran namun musim ini merupakan musim dimana penyokong Arsenal tidak lagi tahan dengan Wenger.
Penyokong Arsenal telah muncul dengan panduan bagaiman hendak paksa Arsene Wenger letak jawatan sebagai pengurus Arsenal.
Sertai himpunan
Pertama sekali, apa yang perlu dibuat adalah penyokong Arsenal disarankan untuk menyertai himpunan anti-Wenger diluar stadium selepas ini.
Tidak kira sama ada perlawanan diadakan di Emirates atau di gelanggang lawan, penyokong Arsenal diseru untuk hadir ke himpunan ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap rejim Wenger.
Lebih ramai yang hadir, lebih jelas mesej yang hendak disampaikan.
Tandatangan petisyen
Penyokong Arsenal turut digesa untuk menandatangani petisyen tanda bantahan terhadap Arsene Wenger.
Petisyen tersebut sebagai tanda penyokong Arsenal kini tidak mahu lagi Arsene Wenger sebagai pengurus mereka.
Malang sekali, kami tidak berjaya menemui pautan untuk ke petisyen tersebut.
Ikut pergerakan di laman sosial
Selain itu, penyokong Arsenal diminta untuk mengikuti segala pergerakan anti-Wenger di laman sosial.
Mereka juga melancarkan kempen #WengerOut dan #NoNewContract sebagai inisiatif mereka menzahirkan kebencian terhadap Wenger.
https://twitter.com/Wenger_Protest/status/848463872600281088
Kedua-dua hashtag itu kemudiannya digunakan dalam setiap tweet yang ditujukan kepada akaun rasmi Arsenal dengan tanpa menggunakan bahasa yang kasar.
Dalam masa yang sama adalah menyokong pergerakan di laman sosial ini dengan memberikan sumbangan dana.
Bercakap dengan penaja
Akhir sekali adalah penyokong Arsenal diminta untuk turut menzahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada pasukan menerusi penaja-penaja mereka.
Mereka dijangka akan meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada para penaja seperti Citreon atau Puma.
Arsenal kini telah menawarkan lanjutan kontrak kepada Wenger dengan lanjutan selama 2 tahun. Namun, Wenger belum lagi memberi sebarang kata putus.
Adakah kempen ini akan berjaya? Sama-sama kita nantikan.
Baca juga: 5 Perkara Dari Arsenal VS Manchester City (2-2) Di Emirates