Kemenangan Tan Cheng Hoe Selaku Jurulatih Terbaik ABK 2023 Dipertikai, Kenapa?

Tan Cheng Hoe secara rasminya dinobatkan selaku Jurulatih Terbaik bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK 2023) selepas beliau diumumkan melalui media Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Cheng Hoe yang sebelum ini menjadi pengendali Utama Selangor pada tahun lalu boleh dianggap sebagai salah seorang pengendali cukup berwibawa sehingga menyaksikan The Red Giants menamatkan cabaran Liga Super di tangga kedua.

Menampilkan gandingan pemain berpengalaman serta bakat muda seperti Mukhairi Ajmal bersama pasukan menjadikan Selangor selaku antara pasukan terbaik negara pada musim lalu selain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik 2023, bekas pengendali Harimau Malaya itu turut disenaraikan selaku pengendali pilihan penyokong Liga Malaysia (Liga M) tahun lalu.

Walaupun begitu, beberapa pertikaian muncul di media sosial apabila segelintir peminat mempersoalkan kredibiliti anugerah tersebut yang memilih Cheng Hoe selaku peminat.

Apa tidaknya, musim lalu menyaksikan Selangor gagal untuk merangkul sebarang kejuaraan domestik jika dibandingkan jurulatih pasukan lain.

Jika di pentas Liga Super Cheng Hoe menamatkan cabaran Selangor di tangga kedua, bagi kejohanan Piala FA pula pasukan itu hanya mampu mara ke pusingan separuh akhir selepas dibelasah JDT.

Beralih ke saingan Piala Malaysia, Cheng Hoe hanya mampu membawa The Red Giants mara ke suki akhir selepas Terengganu menewaskan pasukan itu menerusi keputusan agregat 3-1.

Secara konklusinya, tiada sebarang kejuaraan berjaya dibawa oleh Cheng Hoe bersama Selangor pada musim lalu waima melangkah ke pentas final dalam mana-mana kejohanan pentas domestik.

Sebaliknya, ramai juga percaya bekas jurulatih JDT musim lalu iaitu Esteban Solari sebenarnya lebih layak mengungguli kejuaraan itu menerusi prestasi cemerlang dibawa beliau untuk memastikan Harimau Selatan merangkul semua kejuaraan domestik.

Tak kurang ada yang menyifatkan pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner juga layak kerana mampu membawa pasukan kendaliannya ke pentas final Piala Malaysia 2023 bersama barisan pemain lebih muda dan kurang berpengalaman jika dibandingkan Cheng Hoe.

Malah, pengendali tempatan lain seperti Datuk Ong Kim Swee boleh dianggap lebih layak untuk memenangi kejuaraan itu selepas sentuhannya bersama Sabah memastikan mereka melayakkan diri ke pusingan separuh akhir peringkat zon saingan Piala AFC sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Persoalan kini timbul atas kriteria apa yang membenarkan Cheng Hoe dijulang selaku Jurulatih Terbaik bagi ABK 2023, tatkala masih ramai pengendali lain lebih layak merangkul gelaran tersebut.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN