“Jasa Aidil Cuma Bagi Benih Saja,” – Rita Rudaini

Persengketaan membabitkan Aidil Zafuan bersama bekas isterinya yang juga merupakan seorang selebriti iaitu Rita Rudaini terutama sekali membabitkan anak-anak mereka kini semakin membesar.

Rita yang kini menjaga anak-anak mereka sepenuhnya tampil meluahkan rasa sangat tidak puas hati apabila ada sesetengah pihak menuduh beliau dengan sesuatu tidak berasas.

Menerusi tuduhan tersebut, Rita meluahkan tidak puas hati kononnya beliau tidak membenarkan bekas pemain Harimau Malaya itu bertemu anak-anak mereka yang kini bawah jagaannya.

Aktres kelahiran Perlis itu sebaliknya memberi pandangan sepatutnya orang ramai perlu memberi rasa simpati kepada beliau yang mengalami kepayahan untuk membesarkan anak-anaknya sejak kecil lagi.

“Tak payah nak konon-konon faham perasaan anak. Yang korang nak sedih dan kesian tu dekat aku yang berpeluh-peluh ketiak membela anak sejak mereka kecil korang tak kesian?

“Yang di sana sebut sikit nama bermodalkan air liur terus kesian. Saya sendiri tak faham, buta hati, buta perut, buta segala-galanya,” luah Rita menerusi perkongsian dibuat oleh MStar.

Pada masa sama, Rita turut menyatakan dirinya tidak sesekali akan melupakan tuduhan keras diberikan apabila anak pertamanya iaitu Airit Rayyan bukan datang daripada benih Aidil.

Tuduhan itu menyaksikan beliau sama sekali tidak akan memaafkan kepada sesiapa yang turut terlibat akan isu tersebut ketika Rita dan bekas pemain kelahiran Negeri Sembilan itu berpisah dahulu.

“Satu benda saya ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain. Jadi jangan tengok muka anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat.

“Saya tak akan maafkan sampai bila-bila. Saya tak boleh paksa diri kata tidak sebab benda itu kena ikhlas, semua yang terlibat saya tidak maafkan sampai bila-bila,” luah Rita.

Pada masa sama, Rita akui beliau tidak pernah menghasut anak-anaknya daripada berjumpa dengan bapa mereka seperti didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, anak-anak beliau sendiri yang mengakui enggan untuk bertemu bapa mereka dan Rita enggan memaksa perkara tersebut.

“Jasa bapa dia cuma bagi benih saja, tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan bila saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba nak jumpa, Rayyan kata tak nak.

“Saya tak boleh hendak memaksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran, buka mata, buka hati kena scan betul-betul,” ujar beliau akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN