Aura ‘Double Treble’ Hiasi Kedah Untuk Bawa Cabaran Baharu Musim Ini

Kedah Darul Aman (Kedah) tampaknya membuat perubahan baharu daripada segi pengurusan mereka untuk tampil lebih baik bagi saingan musim ini di segenap sudut termasuk aspek kejurulatihan.

Menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi, Kedah nampaknya membawa masuk beberapa bekas pemain legenda mereka yang suatu ketika memberi kejayaan ‘Double Treble’ bagi mengisi beberapa posisi penting.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar selaku Pemilik Majoriti Kedah Darul Aman Football Club, beberapa perubahan dibuat mereka dengan tidak hanya bertumpukan pasukan utama sahaja.

“Pihak pengurusan telah melakukan beberapa perubahan dalam struktur pengurusan pasukan Liga Super, pasukan Piala MFL (KDA FC B / U23), pasukan Piala Presiden (KDA FC C / U20) dan Piala Belia (KDA FC D / U18) bagi memastikan selaras dengan hasrat kelab untuk bersaing mengikut perancangan kewangan kelab lebih lestari musim ini.

“Fokus pengurusan ketika ini adalah untuk membina kembali zaman kegemilangan bola sepak Hijau Kuning sewaktu zaman Double Treble musim 2007/2008 dengan asasnya memberi peluang kepada bekas-bekas generasi pemain waktu itu yang rata-rata menawarkan diri untuk berkhidmat dan membantu kelab.

“Antara individu tersebut adalah Ahmad Fauzi Saari sebagai Koordinator Pasukan Liga Super, Helmi Eliza Elias sebagai Penolong Jurulatih Penjaga Gol, Yang Berhormat Baddrol Bakhtiar sebagai Pengurus Pasukan KDA FC B, Shafizan Hashim sebagai Koordinator Pasukan KDA FC B di samping 2 orang lagi anggota pasukan yang telah lama berada dalam struktur kejurulatihan pasukan iaitu Victor Andrag, Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super KDA FC dan Abd Hadi Abd Hamid, Penolong Jurulatih Liga Super KDA FC.

“Turut bersama adalah tidak asing lagi Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super Kedah iaitu Nafuzi Zain yang merupakan antara anggota pasukan yang memenangi Treble musim pertama tahun 2007,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, kelibat bekas pemain tengah import Kedah iaitu Nelson Sam Martin turut kembali bersama pasukan tersebut dengan membawa status selaku Pengarah Teknikal Sang Kenari musim ini.

“Saya juga dengan bangganya mengumumkan perlantikan Pengarah Teknikal baharu KDA FC, iaitu bekas maestro bahagian tengah pasukan Kedah di zaman Double Treble, Nelson Marcelo San Martin Arriagada dari Chile.

“Tugas dan fokus utama beliau adalah untuk merancang dan memantau bakat muda Kedah selain menjadi inspirasi buat anak muda ini membina DNA masa hadapan pasukan Sang Kenari.

“Nelson akan mula melaporkan diri bersama kelab April ini dalam merangka perjalanan baru penstrukturan pembangunan pemain serta hala tuju bidang pembangunan kejurulatihan,” jelas beliau lagi.

Jelas perubahan tersebut menyaksikan Kedah ingin mengulangi semula kejayaan ‘Double Treble’ mereka suatu ketika dengan melihat kepada persiapan semasa lebih memberi peluang buat bakat tempatan.

Pada pandangan anda, adakah sejarah tersebut mampu diulangi semula?

Sumber:
Kedah Darul Aman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN