Kemelut KAFA: Wan Rakemi, After Image Tarik Diri Sebagai Rakan Kongsi

KAFA

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sedang dilanda masalah kewangan yang serius menerima tamparan dahsyat apabila After Image Sdn. Bhd. telah manarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan.

Datuk Wan Rakemi Wan Zahari selaku Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020 juga telah meletakkan jawatan.

Beliau turut melepaskan semua jawatannya sebagai Exco Eksekutif dan Bendahari KAFA berkuat kuasa serta merta dan telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman.

Menurut Wan Rakemi, keputusan yang dibuat bukanlah dibuat secara ‘semberono’, tetapi mengambil kira pelbagai perkara aspek dan perkembangan terkini keadaan dunia termasuklah pandemik COVID-19. 

“Saya akui COVID-19 telah memberikan impak besar pada dunia bukan sahaja pada kehidupan harian malah ekonomi juga apatah lagi sukan bola sepak.” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Tambah Wan Rakemi, Kelantan bergantung sepenuhnya kepada kutipan tiket, jualan jersi dan tajaan untuk menggerakkan pasukan, namun sejak saingan Liga Malaysia (Liga M) ditangguhkan, kantung kewangan pasukan semakin ‘kering’.

Keadaan menjadi semakin parah apabila masih banyak lagi hutang lama pasukan yang belum diselesaikan termasuk hutang tertunggak bekas pemain import, Cassio de Jesus bernilai RM629,620.28 yang diarahkan FIFA untuk diselesaikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

“Hasrat dan impian untuk melihat TRW2020 kembali gemilang seperti sebelum ini terpaksa ditangguhkan, dan saya berharap ianya akan dapat diteruskan. Saya pohon kemaafaan kepada semua penyokong setia TRW.

“Terima Kasih juga kepada barisan kepimpinan KAFA dan semua yang terlibat dalam memajukan Kelantan FA.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kelantan FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN