Manchester United sedang berkira-kira untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain tengahnya, Jesse Lingard yang sedang dipinjamkan.
Pemain berusia 28 tahun itu telah membuktikan potensi sebenarnya yang dimilikinya selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama West Ham United dan skuad kebangsaan England.
Beliau berpeluang untuk kembali semula ke United pada musim panas ini dan menamatkan ‘zaman gelapnya’ di Old Trafford.
Jesse Lingard’s game by numbers vs. San Marino:
107 total touches
94% pass accuracy
9 shots [5 on target]
3 chances created
1 assistLooked really bright on his return to #ThreeLions action. 🙌 pic.twitter.com/lyTxiQEZid
— Dan Woffenden (@danwoff98) March 25, 2021
Namun begitu, segalanya bergantung kepada Lingard untuk memikirkan keputusan terbaik demi masa depannya kerana West Ham juga telah menyatakan minat untuk mendapatkannya secara tetap.
Sejak tiba di London pada Januari lalu, Lingard telah merekodkan lima gol dan dua bantuan jaringan hanya dalam tujuh penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ia membolehkan skuad kendalian David Moyes itu menikmati salah satu musim terbaik yang kini hanya dipisahkan dua mata dari kedudukan empat terbaik untuk mendapatkan slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.
Kecederaan beberapa pemain utama England membolehkan beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan pada minggu ini untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022.
Bagi perlawanan menentang San Marino, beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
https://twitter.com/gwfootball_/status/1375734810833002499?s=20
Menurun laporan media British The Sun, Ole Gunnar Solskjaer lebih cenderung untuk Lingard kembali semula ke pangkuan pasukan dan dimasukkan dalam perancangannya untuk menghadapi musim hadapan.
Namun keputusan tersebut tentunya tidak begitu popular dalam kalangan penyokong kerana United sudah pun mempunyai beberapa pemain di posisinya seperti Bruno Fernandes dan Donny van de Beek.
Apa gunanya memberikan kontrak baharu semata-mata untuk meletakkannya di bangku simpanan sedangkan beliau kini sedang menikmati peningkatan ketara dalam kariernya.
Manchester United wan bring back Jesse Lingard this summer – dem wan offer am new contract. ✍️
Source: @SkySportsNews pic.twitter.com/XNdYzt1QuJ
— MUIP (@ManUtdInPidgin) March 27, 2021
Kontrak semasa Lingard ketika ini akan berakhir pada Jun 2022 dan tentunya United juga tidak mahu beliau meninggalkan kelab secara percuma.
Dengan prestasi semasanya di Stadium London ketika ini dan minat yang tinggi ditunjukkan oleh David Moyes, sekurang-kurangnya beliau boleh dijual dengan harga sekitar £15 juta hingga £20 juta.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard dan Manchester United:
Pendedahan Moyes Mengenai Betapa Sayangnya Alex Ferguson Kepada Lingard
Jesse Lingard: 11 Perkara Mengenai Pemilik Baharu Jersi No.11 West Ham