Positif dan membanggakan. Itulah ringkasan kepada keputusan seri 1-1 aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan dengan kelab gergasi Rusia, Spartak Moscow dalam aksi persabahatan pra-musim yang berlangsung di Dubai.
Pastinya tidak mudah untuk berhadapan dengan kelab yang bukan sahaja antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Rusia dengan pelbagai kejuaraan domestik, malah pasukan itu juga merupakan nama biasa dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) iaitu kejohanan terunggul di dunia.
2022 INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY
FT: JDT [1-1] Spartak Moscow (RUS)
More photos at https://t.co/PheY4wjyug#JDT #Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/OgJl57YvvS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 5, 2022
Meskipun perlawanan agak terganggu dengan ketegangan antara pemain pada awal permainan, namun ia tidak menghalang untuk kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik sepanjang perlawanan.
JDT mengejutkan Spartak dengan jaringan pada separuh masa pertama menerusi penyerang sensasinya, Bergson da Silva hasil jaringan sepakan penalti. Namun kedudukan kembali terikat apabila Aleksandr Sobolev bijak menyudahkan hantaran dari sepakn percuma ketika perlawanan berbaki 20 minit.
Menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula tidak lama lagi, pastinya Benjamin Mora sudah menemui segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuadnya cukup bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu selain memberi tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).