Kem PJ City Bergolak, Devan Dalam Bahaya?

Terdapat desas-desus menyatakan kem Petaling Jaya City kini sedang bergolak dan dilanda kemelut.

Berita itu lantas membuatkan ramai yang mempersoalkan masa depan K Devan bersama pasukan tersebut walaupun musim baharu masih belum bermula.

Harian Metro melaporkan bahawa, para pemain PJ City telah berpecah dan situasi di dalam pasukan ketika ini agak tegang. Ada kelompok pemain yang tidak berpuas hati dengan pengendali PJ City, K. Devan.

Para pemain dilaporkan tidak berpuas hati dengan corak taktikal Devan sepanjang persiapan pra musim kali ini.

Selain itu, ada juga pemain yang terasa hati apabila Devan dilaporkan pilih kasih dan tak adil kepada pemain-pemain utama yang baru beliau tandatangani.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1231035881177223168

Harian Metro juga melaporkan bahawa, masalah ini sudah sampai ke pengurusan tertinggi.

Dan kini K. Devan diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau dalam membimbing pasukan.

Lima perlawanan pertama Liga Super musim 2020 dijangka akan menjadi sangat penting buat K. Devan membuktikan kemampuannya.

Namun begitu, dalam pada masa yang sama, pengurus pasukan PJ City iaitu K Rajendran menepis dakwaaan ketidakharmornian di kem pasukan mereka.

Malah, PJ City kini sangat bersedia untuk menghadapi musim baru, tambah beliau lagi.

PJ City akan bermain dalam saingan Liga Super 2020 selaku pasukan yang membuat penampilan sulung di dalam pertandingan tersebut.

Mereka antara pasukan yang sudah membuat persediaan awal untuk menghadapi musim 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN