Kem Harimau Malaya Tempang Tanpa Maestro Dalam Pasukan

Sebelum kempen Piala AFF 2020 yang akan berlangsung pada 5 Disember ini tampaknya ada berita yang kurang menyenangkan di kem Harimau Malaya.

Kredit foto: FAM

Setakat ini pengesahan pemain yang dilanda kecederaan dan bakal terlepas beraksi bersama skuad negara membabitkan 2 pemain tengah Akram Mahinan dan Kenny Pallraj serta seorang penyerang, Darren Lok.

Ketiadaan dua pemain yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan itu pastinya sedikit meresahkan Tan Cheng Hoe apatah lagi dua tonggak tersebut dilihat sangat cemerlang aksi mereka sepanjang kempen Piala Malaysia tahun ini.

Kredit foto: MFL

Darren yang menjadi salah seorang penyerang tempatan menyerlah musim ini juga bakal terlepas untuk menyumbangkan sesuatu buat Malaysia apabila disahkan mengalami kecederaan sewaktu latihan.

Apa yang meresahkan kempen kali ini nyata Cheng Hoe tidak menyenaraikan pemain tengah yang ramai untuk menjadi ganti.

Dalam senarai bersedia, hanya Hakimi Abdullah seorang yang dilihat boleh beraksi di bahagian tengah Harimau Malaya. Dua lagi pemain iaitu Rodney Calvin dan Kalamullah Al-Hafiz masing-masing beraksi di posisi pertahanan dan penjaga gol.

Antara pemain tengah bertahan lain yang masih ada dalam skuad kendalian jurulatih Cheng Hoe kali ini hanya Baddrol Bakhtiar. Pemain lain seperti Junior Eldstal mungkin boleh dipertimbangkan untuk beraksi di posisi tersebut.

Jika Eldstal diubah sebagai pemain tengah bertahan, maka peluang Rodney untuk naik ke skuad utama dilihat cerah bagi menjadi pengganti posisi yang ditinggalkan oleh Eldstal.

Hakimi juga dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk dipanggil bagi memperkuatkan serangan Harimau Malaya setelah Darren Lok sah mengalami kecederaan yang memungkinkan beliau terlepas untuk beraksi.

Kredit foto: PJ City

Jika perlu dipanggil, mungkin Afiq Fazail, Syamel Kutty Abba, atau Amirul Hisyam antara nama sesuai yang boleh beraksi dengan baik selaku pemain tengah bertahan mewakili negara.

Lawan pertama Malaysia merupakan pasukan Kemboja yang akan berlangsung pada 6 haribulan ini pada jam 5:30 petang waktu Malaysia.

Pastinya kemenangan sulung bakal meningkatkan motivasi skuad Harimau Malaya untuk terus bersaing dalam kempen Piala Suzuki tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN