Kelihatan Hampa, Jordi Amat Kecewa Dengan Kualiti Rumput Stadium My Dinh?

Jordi Amat

Indonesia bakal berdepan dengan Vietnam dalam separuh akhir kedua Piala AFF 2022 yang bakal diadakan pada hari ini untuk merebut satu slot ke perlawanan akhir.

Selepas seri tanpa jaringan di Jakarta, pertarungan akan bersambung di Hanoi pula apabila kedua-dua negara akan bertemu di Stadium My Dinh.

Stadium My Dinh yang menjadi saksi kekalahan Malaysia kepada Vietnam tempoh hari kini bakal menguji skuad kendali Shin Tae-yong untuk cuba mara ke perlawanan akhir.

Namun ianya tidaklah semudah yang disangka untuk Garuda kerana mereka kini bakal berdepan bukan sahaja skuad yang handal, tetapi rumput yang mengecewakan.

Dalam siaran yang dibuat oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), mereka menyiarkan gambar Shin dan Jordi Amat sedang memeriksa kualiti padang Stadium My Dinh.

Dari gambar tersebut, kelihatan Amat yang sedang memerhatikan rumput stadium tersebut nampaknya kecewa sementara Shin pula pasrah dengan keadaan padang.

Meninjau kepada komen yang dibuat oleh penyokong Indonesia, rata-ratanya tidak menggemari dengan situasi bakal dihadapi oleh Timnas mereka.

Pada pendapat mereka, situasi ini boleh menyebabkan Indonesia bakal kecundang dalam perlawanan yang dianggap penting ini.

“Sangat buruk. Jurulatih dan pemain Vietnam hanya mampu mengkritik negara sendiri tanpa memandang muka sendiri,” kata Duta Siregar.

“Media Vietnam sering mengkritik stadium Indonesia tapi lihatlah stadium Vietnam sendiri sangat memalukan,” kata Babeh Naik Haji.

Walaupun ada yang mengeji kerana kualiti rumput stadium tersebut boleh menjadi faktor kesukaran skuad Garuda beraksi di Hanoi, ia tidak menghalang penyokong mereka memberikan sokongan padu kepada pasukan.

“Anda memang luar biasa Garuda, semoga anda semua boleh memenangkan Indonesia,” kata Adhi Manurung.

“Lindungilah para pemain timnas garuda dari cedera dan bahaya ya Allah, dan layak [ke perlawanan akhir]. Amin,” kata Wahid.

Vietnam dan Indonesia bakal meneruskan pertembungan yang panas di Jakarta tempoh hari dengan perlawanan akan bermula pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN