Kelibat Moses Atede Cemerlang Selaku ‘Arkitek’ Baharu Kedah

Moses Atede yang merupakan pemain tengah baharu Kedah Darul Aman (Kedah) antara paling mencuri perhatian pada perlawanan semalam ketika mereka menewaskan PDRM menerusi keputusan 2-0.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Atede buat pertama kali diletakkan dalam senarai kesebelasan utama bersama seorang lagi import baharu Kedah iaitu Ifedayo Olusegun.

Pada perlawanan tersebut, Sang Kenari tampil dengan penguasaan begitu baik di posisi tengah untuk mematikan setiap ancaman cuba dibuat tuan rumah menerusi bahagian tersebut.

Sebaliknya, PDRM dilihat hanya berjaya mencipta siri serangan balas sahaja dalam usaha mereka untuk cuba mendapatkan jaringan menerusi kepantasan serta gerakan individu menerusi Uche Agba dan Nabil Latpi.

Tanpa kelibat jeneral utama Kedah sebelum ini iaitu Amirbek Juraboev, kehadiran Atede berjaya mengisi kekosongan tersebut dengan sangat cemerlang di bahagian tengah.

Menerusi gandingan beliau bersama Manuel Ott, Lee Tuck, serta rakan sepasukan lain, Atede berjaya memastikan posisi tengah Kedah kekal tenang dan cepat meneutralkan keadaan daripada menghadapi tekanan lawan.

Kualiti dimiliki Atede juga menyaksikan pemain ini seolah sudah lama beraksi buat Sang Kenari walaupun baru beberapa minggu tiba di Alor Setar untuk menyertai latihan bersama rakan sepasukan.

Selain bijak membuat hantaran berkualiti, Atede juga memiliki skil kawalan bola yang cukup menyakinkan untuk memastikan penguasaan tidak terlepas kepada para pemain lain.

Pastinya ia memberi kelegaan buat Nafuzi Zain selepas ini untuk merangka taktikal permainan menerusi rantaian kualiti pemain dimiliki pada siri perlawanan akan datang.

Selain Atede, aksi Lee Tuck juga sangat mencuri tumpuan sehingga bintang ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas wisel penamat ditiupkan.

Saat barisan serangan Kedah seolah hilang sumber kreativiti mendapatkan gol, hanya Lee Tuck dilihat berusaha dengan begitu baik untuk memberi sumbangan besar di barisan hadapan serta berkualiti bagi membuat hantaran tepat dalam petak penalti.

Secara keseluruhan, aksi Kedah semalam bukan yang terbaik dengan beberapa pemain tempatan dianggap sangat mengecewakan daripada segi sumbangan mereka di atas padang.

Namun, segalanya tampil lebih baik di separuh masa kedua sehingga menyaksikan dua gol terhasil untuk memastikan Kedah berjaya membawa pulang tiga mata penuh dan mengesahkan kedudukan keempat dalam saingan Liga Super minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN